Tuesday, December 24, 2013

SEJARAH RINGKAS DAN REVOLUSI PERAKAUNAN PART 2

Teks:Nazrul hysam b nadzri
Cover photo:Carian google

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani





ABAD KE-19

Pada abad ini, syarikat perniagaan telah mula ditubuhkan secara besar-besaran. Syarikat perniagaan telah mengubah corak pengurusan dan pentadbiran yang lebih sistematik. Syarikat bukan lagi berbentuk milik perseorangan dan perkongsian malah berbentuk syarikat berhad. Pemilik syarikat berhad ini memerlukan ahli yang ramai. Ini dapat dilihat di dalam perusahaan kapal, besi dan kereta. Ia memerlukan saham dan syer yang dijual kepada orang ramai bagi mendapatkan modal yang lebih banyak. Oleh yang demikian bentuk perniagaan menjadi lebih besar dan terancang. Pada masa yang sama, puhak kerajaan telah menyediakan undang-undang bagi mengawal dan melindungi hak mereka yang terlibat.

ABAD KE-20

Dalam abad ini, bidang perakaunan telah mencapai tahap yang lebih matang dan profesional. Ia dapat dilihat dengan tertubuhnya badan-badan profesional perakaunan seperti Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan, Jawantankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa, Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia, Institut Akauntan Malaysia dan Persatuan Akauntan Awan Bertauliah Malaysia.

Jawatankuasa Panduan Piawai Perakaunan telah ditubuhkan oleh Institute Of Chartered Accountants di England dan Wales pada tahun 1969. Badan ini menjadi rujukan dan panduan kepada ahli-ahlinya berkaitan dengan format piawai penyata kewangan yang hendak diterbitkan. Pada tahun 1973,, Jawatankuasa Piawai Perakaunan Antarabangsa  (IASC) telah ditubuhkan. Badan ini ditubuhkan bagi memastikan penggunaan piawai asas penyediaan dan penyata kewangan.

Lembaga Piawai Perakuanan Malaysia (MASB) pula telah ditubuhkan pada 1 Julai 1997. Ia ditubuhkan bagi menggubal satu rangka perakaunan dengan menerbitkan piawai perakaunan yang bersesuaian dengan akta pelaporan kewangan 1997. MASB juga berfungsi menyemak dan meminda piawai perakaunan sedia ada jika perlu. Institut Akauntan Malaysia (MIA) merupakan satu badan profesional akauntan di Malaysia yang diperundangkan dalam tahun 1969 di bawah Seksyen 3 Akta Akauntan 1967. Penubuhan badan ini bertujuan membangun dan memperkembangkan profesyen perakaunan di Malaysia MIA juga berfungsi mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada mereka yang ingin mengamalkan profesyen perakuanan di Malaysia.

Sumber:Buku kewangan dan perakaunan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...