Tentang Penulis


Teks : Nazrul Hysam Nadzri
Cover photo by : Izati Zulkafli

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






Nama
Nazrul Hysam bin Nadzri

Pendidikan
Aliran Vokasional 96/97 Teknik Juasseh

Pengalaman Kerja
Sejak dibangku sekolah membantu kawan-kawan menjual lemang dan produk-produk hiliran ditepi jalan.

Pengalaman Bisnes
Saya berniaga secara kecil-kecilan seperti topup handphone dan kerepek-kerepek di musim perayaan, menjual barang-barang vintage/lama dan juga baju bundle. Ada kalanya produk itu tidaklah spesifik dan  saya akan menjualnya selagi ia mendatangkan keuntungan.

Minat Dan Kemahiran
Saya sebenarnya berminat dalam bidang sukan, seni,sejarah, pengurusan dan berniaga.Bila digabungkan minat saya menjadi satu bidang perniagaanlah yang mempengaruhi kehidupan harian saya, sebagaimana yang kita tahu bidang perniagaan memerlukan pengurusan yang baik dan teratur bagi mendapat hasilnya secara tidak langsung ia memperkemaskan lagi kemahiran pengurusan perniagaan saya dari masa ke semasa.

Matlamat Menyertai Kelas Ini
Secara jujurnya saya langsung tidak pernah tahu tentang dunia penulisan. Minat itu sudah lama ada namun saya tidak menemui dengan guru yang boleh memberi tunjuk ajar secara berkesan dan mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan.

Apa yang saya lihat pada zaman globalisasi ini masyarakat menggunakan laman sosial sebagai medan untuk melakukan perniagaan secara online dengan bantuan guru-guru yang terlatih saya yakin ia akan memberi satu perubahan yang lebih baik dimasa akan datang,ia bersesuaian dengan pergerakan saya yang terbatas.

Jatuh sekali tidak bermakna jatuh buat selama-lamanya. Dengan kesungguhan dan dorongan rakan rakan dan ahli keluarga banyak membantu saya untuk bangun semula. Tambahan pula kini saya telah mempunyai perniagaan secara kecil kecilan membuat saya berfikir berdiam diri bukanlah jalan penyelesaiannya. Meskipun pergerakkan saya terbatas dan sama sekali tidak sama seperti dulu, itu semua bukan halangan untuk saya terus berjaya dimasa hadapan.Sesungguhnya Allah itu sentiasa adil kepada hambanya. Diberikan kegelapan untuk memberikan pengajaran, diberikan cahaya untuk bersyukur pada nikmatnya.

Gerakkan hati, hati gerakkan, pandanglah aku, itulah dia!!..

Url Blog


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...