Saturday, July 4, 2015

Amanah

Nama: Nazrul Hysam b Nadzri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Sekadar gambar hiasan

Kebanyakkan kita tahu apa itu sifat amanah. Sifat amanah ini adalah sifat wajib bagi seorang nabi. Ada empat sifat nabi yang kita semua ketahui iatu siddiq, AMANAH, tabligh dan fatanah dan lawan sifat amanah ini KIANAT.

Dari segi nilai akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.

Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang kepadanya maka diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana dituntut tanpa mengabaikannya.

Amanah adalah syarat berimannya seseorang itu

"Tiada iman pada orang yang tidak beramanah"(Riwayat Ahmad)

"Tidak sempurna iman seseorang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya" (Riwayat At-tabrani)

"Tidak sempurna iman bagi seseorang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji" (Riwayat Ahmad)

Amanah juga sebagai pengukur kemunafikan

"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukan maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu sifat munafik, sehingga dia meninggalkanya.

Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia kianat, apabila ia bercerita ia dusta, apabila berjanji dia mungkir dan bila bertengkar ia mengenepikan kebenaran umpama menegak benang yang basah"(Riwayat Ahmad)

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairh r.a katanya: Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara. iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkianati" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal)

"Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafik sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengaku dirinya seorang islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanah ia mengkianatinya"(Riwayat Abu al-Syeikh)

Namun coretan di atas ini lebih kepada mengingati diri sendiri agar kita sentiasa membaik pulih amal ibadah kita selagi jasad masih bernyawa. In shaa Allah


Thursday, June 18, 2015

Ramadan Bulan Perjuangan Nafsu

Teks: Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Lepas berbuka elakkan kita jadi bergini ya kawan-kawan

Selamat menyambut bulan Ramadan Al mubarak. Semoga amal ibadah kita bertambah telus dan ikhlas hendaknya.

Di bulan yang baik ini juga bersama-samalah kita mencanting usaha melipat gandakan amal ibadah yang sedia ada.

Bagi peringatan bersama, sebagai seorang peniaga atau apa jua bidang sekali pun, janganlah kita jadikan bulan ramadan ini dengan niat mencari keuntungan kewangan semata-semata. 

Tanpa kita menyedari amal ibadah yang kita kerjakan dengan ikhlas kerana Allah saja yang benar-benar memberi kebahagian dan ketenangan yang mutlak, baik di dunia dan akhirat kelak. Amin.


Rumah ghodang mengimbau pulang,
Tanah ghantau menahan hati,
Jiko salah terlampau ghodang,
Maap dipinto setuluih hati.

Jalan ke baghuh besimpang ompek,
Singgah mandi di pokan mantin,
Dek bulan poso dah semakin dokek,
Mohon maap zahir dan batin.

Wednesday, February 25, 2015

Entri Syok Sendiri

Teks: Nazrul Hysam b Nazdri
Photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Dengan limpah rahmat dengan penuh kesyukuran yang tidak terhingga pada pentadbir seluruh alam. Syukur kehadrat ilahi kami selaku anak negeri dikurniakan ketua negeri yang gagah kacak berani malah adil dan saksama dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa melihat warna kulit.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir atas keperihatinan mu terhadap golongan orang yang kurang bernasib baik benar-benar menyentuh hati dan terharu. 

Begitu juga dengan ahli keluarganya yang juga mengikut jejak langkah Tuanku dalam melaksanakan program-program bantuan kemanusiaan yang tidak sedikit pun mengenal erti penat.

Membuatkan hati ini terpanggil untuk meluahkan rasa kesyukuran gembira setelah apa yang Tuanku lakukan buat kami sekeluarga. Keperihatinannya itu amat tinggi nilainya buat diri saya yang tidak berada.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan buat Tuanku sekeluarga. Hanya doa yang mampu saya iringkan buat mereka selagi jasad masih bernyawa. Amin ya rabbilalamin


Raja menjadi payung negeri
Jauh mulo tampak
Dokek mulo bersuo
Bagaikan kayu di tongah padang
Tompek beramu kocik dan bosa
Berimbun daun tompek bertoduh
Kuek dahannyo tompek bergantung
Bosar tompek bernaung
Kukuh ugheknyo akar bersilang
Luv u Tuanku...

Friday, October 17, 2014

Bertabahku Dengan Bucket Seats Baru

Teks: Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo: Koleksi peribadi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Seat back yang biasa-biasa saja tapi bagi saya menyeramkan

Tidak dinafikan sebulan dua ini banyak perkara-perkara penting yang manis-manis tak dapat dikongsikan dalam entri ini. Dari hari raya puasa hinggalah ke hari raya korban saya lebih banyak diam memegun.

Begini?

Sebelum mantai raya puasa saya sudah mula memakai tempat duduk khas bucket seats yang ditempah benar-benar mengikut saiz badan saya. Bucket seats ini begitu penting buat saya untuk mendapatkan kembali susuk tubuh yang seimbang, lurus, anggun, seksi ayu dan lemak berkrim pasti disukai ramai!

Pada peringkat awal saya mencuba seats ini rasa biasa-biasa saja rasanya. Setelah 3,4 hari menggunakan seats tersebut rasa biasa-biasa jadi luar biasa, badan mula rasa tidak selesa lenguh-lenguh dan cepat penat.

Pada waktu tu tetamu yang datang tak dapat dilayan lama, mereka sibuk berbual saya diam menunduk bisu sahaja. Dari rasa biasa-biasa jadi rasa serba salah pula. Haha.

Puncanya boleh jadi begini sebabkan saya duduk di atas kerusi roda selama ini tidak seimbang dan badan saya banyak menyenget ke sebelah kanan bertahun-tahun lamanya.

Jadi dengan adanya seats back yang baru ini ia berperanan meluruskan kembali badan saya yang senget ke kanan itu beransur-ansur kembali keposisi asal.

Terus terang saya katakan proses ini adakala teramat azab dan menyeksakan bayangkan sekali datang sakit-sakit lenguhnya siap dengan pening kepala serta tak puas nak ambil nafas kalau cakap orang nogoghi 'napeh tak sampai'.

Kesakitan makin terasa setiap kali mahu berbaring di atas katil. Waktu itu kesakitan bercampur baur dengan kadar pernafasan yang pendek dan memenatkan, seksanya akan bertambah jika pada waktu itu terhidu bau-bauan asap atau chemical. Tabah dan terus bertabah. 


Dalam saya menahan sakit teramat, hati kecil saya membisik kekuatan. Minta saya cekal hadapi ujiannya. Saya yakinkan diri bahawa ada sinar bahagia kelak. Yang pasti, ketika itu saya akan lebih mensyukuri setiap ujian hati yang saya lalui sebelum ini.

Ujian yang dihadapi terlalu kecil kalau dibandingkan dengan orang-orang yang di luar sana yang menghadapi berbagai ujian dan cabaran yang mereka tempuhi. Di situ datangnya kekuatan dalam diri untuk saya terus menempuh ujian yang dihadapi bagaikan pendekar.

Saya menyeru kepada sesiapa yang membaca ruangan entri ini dan juga yang mengenali diri ini agar mendoakan kesihatan tubuh badan ini bertambah baik dan sihat sejahtera hendaknya serta dipermudahkan pengurusan dunia untuk akhirat.

Sokongan dan serapan kasih sayang anda amat-amat saya perlukan demi meneruskan perjuangan hidup yang belum selesai. Bila tubuh badan sihat lebih banyak amal ibadah yang boleh kita lakukan. Amin.


Wednesday, October 8, 2014

Raya Haji

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada jemaah-jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekah sana.Semoga ibadah mereka mendapat haji mabrur.

Hidup ini memang satu pengorbanan.


Kepala lembu korban..kadang-kadang jarang-jarang

Monday, September 8, 2014

Gaza Tarik Nafas Lega Buat Sementara

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi

Anak kecil Gaza, senyuman kemenangan 

Manakan boleh lupa di awal ramadan yang lalu rakyat Gaza menerima serangan bertubi-tubi oleh askar-askar yahudi laknat hingga meragut ribuan nyawa rakyat Gaza di Palestin. Yang menjadi korban besar dalam serangan tersebut kanak-kanak dan warga tua yang tidak berdaya. Zalim!

Namun tertubuhnya pasukan briged Al Qassam yang mampu mengganggu gugat setiap serangan dari puak yahudi laknat ini benar- benar memberi satu kejutan besar buat rakyat seluruh dunia dan rakyat Israel (negara haram) terutamanya.

Dengan kehebatan briged Al Qassam yang bertunjangkan tauhid dan akidah yang tinggi serta terlatih mereka sentiasa memberi kejutan yang luar biasa ketika melakukan serangan. Dengan izin Allah!


Apalah sangat kesedihan yang ditanggung kalau dibandingkan derita rakyat Palesten puluhan tahun

Dengan kecanggihan teknologi  ketenteraan yang dimiliki oleh puak zionis ini mereka hanya mampu menumbangkan pihak tentera Al Qassam yang syahid dengan jumlah yang kecil sahaja. Malah jumlah kematian yang dialami pihak tentera dan pihak polis Israel melebihi 500 orang, tak kurang juga yang cedera parah dalam peperangan ini melebihi 1000 orang.

Ini benar-benar memberi satu tendangan hebat buat negara Israel yang sebelum ini tidak pernah berlaku mana-mana peperangan sebelum-sebelumnya sedangkan negara haram ini disebalik tabir disokong beberapa negara kuasa besar yang sudi membantu dari segi peralatan peperangan secara amnya. 

Namun dengan bantuan Allah dan teknologi persenjataan yang dicipta sendiri oleh tangan-tangan yang bijak pandai dalam briged Al Qassam, banyak tempat-tempat sememangnya menjadi sasaran dapat dimusnahkan dengan teruk malah membunuh pihak lawan bagaikan halimunan. Ninja moden!

Peperangan yang melebihi 50 hari benar-benar menjejaskan kereabiliti seorang pemimpin yang sombong malah kejam, perkara yang dirancang banyak tidak menjadi. Negara haram Israel tetap juga di hujani roket Al Qassam saban hari.

Ini menyebabkan negara haram ini mengalami kemusnahan yang teruk dan terpalit kerugian yang besar dari sudut perekonomian, ketenteraan, industri pelancongan, penerbangan, penempatan komuniti mereka dan lain-lainnya.

Ini benar-benar memberi tekanan yang berat dan satu igauan yang ngeri buat mereka. Sehingga perdana menteri negara haram ini tepaksa mengadakan gencatan senjata yang amat panjang dan dipersetujui oleh pihak Hamas akhirnya.

Disini kita boleh lihat keputusan bijak pihak Hamas bersetuju dengan gencatan senjata tanpa mahu membuat rundingan damai adalah satu tindakan yang tepat. Sebab apa? Sebab puak laknat ni memang kaki penipu.

Lambat laun mereka pasti akan mengkianati perjanjian tersebut dan mencari seribu helah untuk menyerang rakyat Palestin yang akhirnya rakyat Palestin sendiri tersepit ditengah-tengah.

Peranan kita dalam hal ini sebagai umat islam haruslah bersatu hati dan memberi kerjasama yang erat demi membela nasib bangsa seagama kita sendiri. Puak laknat ini akan sentiasa mencari jalan dan menyusun skrip untuk memecah belahkan umat islam dunia agar matlamat dan perancangan jahat mereka tercapai.

Bantulah apa yang termampu walaupun tiada harta dan wang ringgit sekadar doa sudah memadai buat pejuang-pejuang kita agar dilimpahkan barakah disana. 





Tuesday, July 15, 2014

Israel Negara Laknat!

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




Tiada apa yang menarik cerita yang ingin dikongsikan di bulan ramadhan yang penuh barakah ini kecuali hati di dalam penuh rasa kesedihan, marah, benci dan perasaan ingin membunuh meluap-luap di benak hati.

Tika melihat kanak-kanak di Palastine mati bergelimpangan sewenang-wenangnya sedangkan pada waktu ini dunia disajikan dengan sepak bola piala dunia, pada waktu itu jugalah rakyat di Gaza dibedil bertubi-tubi tanpa belas kasihan sedikit pun.













Bayangkan kalau mereka ni anak-anak kita..Acaner tu












Sebak dan pilu bila melihat anak-anak kecil dan warga tua menjadi mangsa yahudi laknatullah ini. Mungkin sesuatu nyawa itu tiada nilainya buat tangan-tangan cilaka haramjadah! Namun itulah ujian-ujian yang perlu ditempuh buat saudara-saudara kita di sana.


Bayi kecil yang hangus

Bagi pejuang-pejuang di Gaza tentera Al Qassam terutamanya berjuanglah habis-habisan bagi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air mu yang penuh berdaulat. Berjuanglah hingga ketitisan darah terakhir. Syahid menantimu.

Buat umat islam sejagat kita panjatkan doa pada rakyat Gaza di Palastin agar mereka sentiasa tabah menempuh ujian dan mempunyai iman yang teguh bagi menentang zionis keparat yang lambat launnya akan diberi kemenangan mutlak. Yakinlah janji Allah itu pasti.

Bagi rakyat Malaysia boikot jangan tak boikot 'saya bukan Nasir'.


Sebelum saya menamatkan entri ini ingin saya nukilkan sebuah sajak sebu buat pembaca:

Saat kita gembira bersama keluarga,
Ada yang berduka dan kecewa,
Saat kita mengeluh,
Kita masih punyai tempat untuk berteduh,

Tidak seperti mereka,
Beratapkan langit, berlantaikan bumi, di tanah sendiri.

Andailah kita ini merasa yang paling susah,
Kita masih mampu berdoa' di hamparan sejadah,
Ada yang terpaksa menyorok untuk menzahirkan syahadah,
Mereka tetap bersangka baik dengan Allah,
Berjuang dan terus berjuang,
Gaza, doa kami bersamamu.
                                                                    nukilan Anas abdul latif   
Pada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita di sana, di bawah ini tertera nombor-nombor akaun yang disediakan oleh AMAN PALESTIN



Bank muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB:8600460353
Bank Rakyat:220806195922
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...