Thursday, February 27, 2014

STRATEGI PEMASARAN

Teks:Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Gambar hiasan



Bagaimana seseorang peniaga itu boleh meningkatkan mutu jualan mereka dengan menarik lebih ramai pelanggan dalam masa yang singkat. Di sini ada 40 idea yang saya ambil dari catitan Dr Azizan Osman yang boleh kita laksanakan.

Anda mungkin mempunyai produk dan perkhidmatan yang terbaik di dunia atau mungkin masakan anda yang paling sedap di seluruh semester namun jika tidak ada pembeli yang ingin membeli atau kekurangan pelanggan untuk membeli produk kita. ia berkemungkinan perniagaan kita akan menjadi nyawa-nyawa ikan.

Idea yang diberi adalah permulaan kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri. Persoalannya adakah anda mempunyai stok dan kakitangan yang mencukupi untuk mengurus pelanggan yang ramai nanti?

1) Sentiasa senyum dan teruja : Ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain dengan percuma.

2) Email : Mengirimkan emeil kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tip dan memberi perkembangan terkini mengenai produk atau perkhidmatan anda membuatkan mereka tertunggu-tunggu.

3) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak segar, baru, terkini dan ceria.

4) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberi sumber inspirasi dan meningkatkan nilai diri. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya dari orang ramai yang gagal di luar sana.

5) Sokong badan kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan serta sediakan tabung derma untuk pelanggan. Pelanggan juga suka dengan perniaga yang permurah.

6) Tip percuma di facebook atau mana-mana sosial media internet : Bersedia memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.

7) Gunakan forum internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang ingin datang ke laman web anda luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau dengan perniagaan anda.

8) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai datang kepada atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan ia ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.

9) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan memuat strategi baru. Apabila bercuti anda mampu melihat perniagaan dari perspektif beza dan bbiassanya kita akan mendapat banyak idea untuk kita perbaikiya.

10) Berkenalan dengan sesiapa sahaja : Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bbukan erkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat utuk mengenali orang lain. Tetapi suka atau tidak, mereka akan pasti bertanya apa yang anda lakukan secara tak langsung anda terpaksa menceritakan perniagaan anda.


11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan dan tidak dapat lakukan : Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. 

12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.

13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan selalunya memerlukan banyak tentang berita apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.

14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di belakang bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai logo syarikat anda kepada kanak kanak.

15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda. 

16) Aktif dalam kerja-kerja kebajikan : Kempen membersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma rumah anak yatim. Pastikan juga anda menajakan T-shirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.

17) Membuat katalog produk : Salah satu cara yang paling klasik untuk memberi pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, baik produk tersebut disenaraikan laman web anda dan ia boleh dicetak dari situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya lebih rendah dari pencetakan biasa.

18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois : Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan koporat atau syarikat kecil atau sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting dalam syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.

19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda : Libatkan diri mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberi anda kelebihan mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.

20) Mengeluarkan press release : Salah satu perkara yang penting anda perlu lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi dan meningkat jualan anda.

21) Menaikkan harga : Kadang-kadang, menurunkan harga barang bukanlah cara yang paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga barang juga bleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin kehilangan pelanggan yang 'low end' tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.

22) Menulis Ebook percuma : Ya, tulis Ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web atau melalui emeil. Ia boleh membina kredibiliti anda.

23) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan : Apa perkara yang membuatkan orang ramai tidak gembira dan tidak berpuas hati? Anda boleh menjadi menjadi penganjur sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah, ini ia adalah lebih baik.

24) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan : Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar di dalam bidang tersebut.

25) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan : Sekiranya pelanggan dan pembekal untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka pehargaan contohnya memberi voucher rm50  setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

26) Berikan jaminan wang anda dikembalikan : Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan permulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang dikembalikan sekiranya ia bagus untuk mereka.

27) Minta dan gunakan testimonial pelanggan : Manusia akan lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang dapat pengalaman yang bagus mengunakan produk atau perkhidmatan anda.

28) Berikan hadiah percuma dari lain yang lain : Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza seperti seluar dalam berlogo syarikat anda contohnya atau sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi bersama-sama anda setiap hari.

29) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat tidak ada yang lebih hebat dari kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan yang hebat adalah senjata yang paling power di dalam menghadapi persaingan perniagaan. Jangan anggap perniagaan anda masih berniaga kecil.kecilan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukan ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak menjadi besar.

30) Blog : Sekiranya anda tidak mahir menulis di laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut yang ramai di dalam kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah Blogger atau Wordpress kerana ianya percuma.

31) Rakamkan video anda di Youtube : Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple Inc menggunakan Youtube setiap kali melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa link kan video anda di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

32) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon pejabat anda, ianya mungkin peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej telefon anda 'Maaf, kami sedang sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Sila tinggalkan nama dan nombor telefon anda. Kami akan menghubungi anda pada jam 9.05 pagi nanti.

33) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja : Mereka yang bijak mebuat pemasaran ialah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain, tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain.

34) Menaikkan harga : Kadang-kadang strategi menurunkan barang bukanlah cara yang paling baik untuk menarik pelanggan tapi menaikkan harga boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda akan mendapat pelanggan yang tinggi kualitinya.

35) Mulakan e-newsletter : Guna format newsleteer yang mudah untuk sentiasa 'stay connected' dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. 

36) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan yang gemar membeli hadiah/ voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain.

37) Menggunakan press release : Salah satu perkara penting yang anda lakukan adalah untuk menghantar proses press realese kepada media.

38) Gunakan krew promosi : Anda boleh dapatkan kre 'part time' atau sementara untuk mempromosikan barang jualan anda.

39) Buat sesuatu yang diluar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa untuk anda pada hari itu sahaja. Hanya sebagai satu penghargaan. 

40) Ubah bagaimana cara telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan utuk menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Jika kita menjawab telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan pasti merasa keceriaan itu dan sebaliknya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...