Sunday, February 2, 2014

Penangan SNE

Teks:Nazrul hysam b nazdri
Cover photo:Carian google



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




Bulan ni bulan penuh kelesuan yang disulam dengan demam. Baru saja elok dari demam teruk. Lama dah tak demam teruk macam ni. Demam kali ni bukan disebabkan cuaca atau salah makan ke apa, tapi penangan tindak balas ubat SNE yang saya makan tempoh hari. Memang teruji betul rasanya. Hingga ke hari ini masih terasa kesannya.

Namun usaha itu tidak berhenti setakat itu, saya akan terus mengambil produk SNE sebagai ubat sampingan harian saya. Gatal-gatal dimuka sudah mula menampakan pemulihannya tapi kini ia mula merawat saraf-saraf badan saya dibahagian kanan terutamanya. Penat, letih, lesu semuanya bercampur -campur berganti-ganti datangnya namun semangat dan kekacakan yang ada saya redah jua ujian ini demi mengelakkan tubuh menjadi cacat teruk kelaknya.

Makan dan terus makan, ubat yang makin hampir kehabisan dan harganya diluar kemampuan perlu juga dipikirkan untuk mengadakan stok yang seterusnya. Namun kini belum nampak lagi arahnya, semoga Allah membukakan jalan yang terbaik untuk saya dengan produk keramat ini.Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...