Tuesday, March 11, 2014

Gulai ikan sungai lempeng daun pisang

Teks: Nazrul Hysam Bin Nadzri
Cover photos: Koleksi peribadi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Maap tidak ke cekapan daun pisang terkoyak


Masakan lauk ikan sungai sememangnya sinonim dengan masyarakat nusantara terutamanya penduduk kampung, pelbagai sajian boleh kita lakukan dengan ikan sungai ini. Tapi apa yang ingin saya kongsikan di sini masakan yang paling rare di negeri saya ia itu 'gulai ikan sungai lempeng daun pisang'.

Inilah satu-satunya masakan yang ada kelainan sedikit cara penyediaannya di mana kuali yang digunakan dialas dengan daun pisang terlebih dahulu di atas kuali. Dengan pedasnya yang cukup serta menggunakan kelapa santan yang berkualiti amat dititik beratkan.

Kuah santan yang perlu dikacau berhati-hati, pandai mengawal keseimbangan api untuk mendapatkan kuahnya betul-betul sedap tidak ramai yang mampu menyediakan masakan ini. Di tempat saya segelintir warga tua sahaja yang mampu menyajikan masakan ini dengan sempurna. Bagi yang mahir tiada tandingan rasanya.

Kuahnya yang berlemak, pedas, masam, isi ikan yang manis dan disulam pula dengan aroma daun kunyit di dalam masakan, pasti anda dapat bayangkan bagaimana rasanya bukan? Percaya atau tidak sepinggan nasi panas makan dengan kuah sahaja sudah cukup menjadi pelengkap hidangan ketika makan, oh sedapnya! Terliur saya dibuatnya.

Inilah satu-satunya gulai ikan yang paling sedap pernah saya rasa. Kesedapan itu membuatkan saya ringan tangan untuk berkongsi dengan pembaca.  Bagi saya ini menjadi satu tanggungjawab saya untuk mengketengahkan masakan ni di laman entri, supaya resepi ini kekal terpelihara di masa akan datang terutama generasi anak muda.

Penyediaan yang rumit tidak ramai yang mahir menyajikan masakan ini termasuklah mak saya hehe! Selamat mencuba ya!




Penyediaan bahan-bahan :
1.Ikan sungai yang bersisik
2.Daun pisang (hendaklah potong melebihi dari saiz kuali)
3.Santan untuk sebiji kelapa
4.Cili api (mengikut citarasa)
5.Sehelai daun kunyit
6.Asam keping (saiz serdehana)
7.Garam


Cara penyediaan :
1.Selawat nabi 3x terlebih dahulu.
2.Layokan dulu daun pisang supaya daun menjadi lembut dan tidak mudah koyak kemudian alaskan daun pisang tersebut di atas kuali.
3.Ketika itu pastikan suhu api hendaklah sederhana, masukkan ikan dan susun sebaiknya kemudian masukkan santan dan cili yang telah ditumbuk.
4.Selepas itu masukkan asam keping dan juga daun kunyit kedalam kuali, ketika kuah mengelegak.
5.Masukkan garam secubit rasa dan kacau perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang agar ikan tidak hancur.
6.Ketika terbit minyak, padamkan api.
7.Setelah masak jangan angkat daun pisang yang sedia ada dalam kuali kerana dikhuatiri koyak.
8.Hidangkan sahaja dengan kuali-kualinya sekali ketika menjamu selera.


Daun pisangnya telah terkoyak jadinya mak hidangkan saja dalam pinggan.



1 comment:

  1. Wow nampak sedap ni. Boleh cuba buat.. Guna daun pisang apa ya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...