Monday, February 10, 2014

GILA-GILA REMAJA

Teks:Nazrul hysam bin nazdri
Cover photo:Koleksi peribadi


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Zaman persekolahan

Apakah berjaya bagi seseorang itu bermakna mempunyai kewangan yang mantap, berjawatan tinggi, keluarga yang bahagia atau mempunyai pengaruh yang ramai? Perkara-perkara ini tak salah kerana ia satu fitrah bagi setiap makhluk yang bergelar manusia dan ia biarlah kena pada tempatnya.

Ia perlu dipupuk dari zaman remaja sebaiknya. Bagi seorang remaja perlulah tahu menilai dan fokus setiap perkara yang mereka inginkan, di situ kita dapat menentukan tujuan dan membuat rancangan untuk mencapainya. Membuat rancangan adalah ciri tanggungjawab. 

Ramai remaja yang tidak mahu melakukan perancangan. Mereka lebih suka mengerjakan segala sesuatu seadanya, dengan harapan semua akan selesai dengan sendirinya. Ibu bapa harus membantu anaknya meningkatkan kebiasaan menentukan dan mengejar tujuannya. 

Bagi remaja dalam dunia penuh dugaan ini, salah satu bahagian tanggungjawab adalah membahagi waktu dan menepati komitmen dan janji. Niat baik sahaja tidak cukup. Ibu bapa harus mengajarkan perancangan dan penentu tujuan kepada remaja, agar remaja mampu menghadapi berbagai kewajipan sekolah, kegiatan sampingan, memiliki kehidupan sosial yang sihat, melakukan tugas rumah tangga dan bekerja dengan gigih. 


Bagi remaja dalam dunia penuh dugaan ini, salah satu bahagian tanggung jawab adalah membahagi waktu dan menepati komitmen dan janji. Niat baik sahaja tidak cukup. Ibu bapa harus menyusun sedikit sebanyak perancangan dan penentuan tujuan kepada remaja, agar remaja mampu menghadapi berbagai kewajipan sekolah, kegiatan sampingan, memiliki kehidupan sosial yang sihat, melakukan tugas rumah tangga dan bekerja dengan gigih. 


Penulis Stephen Covey menyatakan, manusia harus memulai kehidupan dengan menyedari tujuan akhirnya. orang yang merancang hidupnya dengan baik biasanya mendapatkan apa yang dia inginkan. Membantu anak merancang masa depan adalah salah satu tugas ibu bapa yang terpenting, tetapi perkara itu tidak mudah dilakukan kerana beberapa alasan. 

Pertama, remaja cenderung lebih fokus pada apa yang akan terjadi pada akhir minggu ini daripada merancang kehidupan setelah lulus peperiksaan. Sukar untuk mengajak remaja memikirkan masa depan.

Kedua, kehidupan sehari-hari kita sangat sibuk sehingga kadang kala sukar meluangkan waktu untuk melakukan perancangan jangka panjang. Namun tanpa perancangan, kita tidak dapat menjamin masa depan yang kita inginkan. Jadi, kita harus meyakinkan anak untuk menjadikan perancangan sebagai sebahagian dalam hidupnya. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...