Showing posts with label Kongsi Resepi Rare. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Resepi Rare. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Penangan Jering Basau

Teks:Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo:Kamera Lenovoku

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Jering basau gulai dengan ikan tenggiri salai, mak letak sedikit daun cepeaper




Mula-mula saya nak cerita pasal apa itu jering basau? Ok! jering basau jering yang yang kita tanam dalam pasir atau habuk papan diletak dalam satu bekas dan dibiarkan dua atau tiga minggu. Kambus pasir atau habuk papan itu sebaik mungkin dan siram sedikit air bagi kelembaban di sekitarnya.

Dengan hasil tanaman itu bentuk saiznya menjadi lebih besar dari sebelumnya, keras, warna berubah kuning kehijau-hjauan dan seolah-olah jering itu ingin mulai tumbuh pucuknya. Kalau saya jangan kata makan, nak gigit pun saya tak sanggup. Itulah jering basau.


Jering yang ditanam hampir 2 minggu, siap siaga dikorbankan


Dari zaman kanak-kanak lagi jering bukanlah ulam pilihan saya bayangkan jering muda pun sudah lengkap kepayauannya ini pula rasa jering basau. Eeerkk! Namun ada satu keistimewaan mengenai jering basau ini yang benar-benar menggamit selera saya hampir sedekad ini iaitu gulai jering basau dengan ikan kembung salai.

Gulai jering basau dengan ikan salai ni ada beberapa jenis ikan yang boleh digunakan tapi saya lebih suka menggunakan ikan kembung. Kenapa ikan kembung? Sebab keenakan kuahnya yang begitu sedap dan aromanya sangat mengiurkan.


Lemak, pedas, masam dan tekstur ikan bercampur dengan kepayauan jering itu membuatkan makan nasi dengan kuah sahaja sudah cukup. Memang terangkat!. Bagi yang tak biasa menghirup pasti terbatuk-batuk dan menyebut haaa pedas. Tapi pedas sedap tau.

Kesedapan itulah jari ini ringan nak berkongsi resepi ini dengan pembaca. Tapi kali ini mak tidak menggunakan ikan kembung cuma mak menggantikannya dengan ikan tenggiri.

Selamat berjuang ya kawan-kawan.
Ikan tenggiri  disalai dengan  dapur old skool

Persediaan bahan-bahan:                         1.Jering basau 500 gram
2.Ikan kembung atau ikan tenggiri perlu disalai dahulu
3.Santan sebiji kelapa
4.Cili secukup rasa
5.Asam keping 
6.Kunyit
7.Garam secukup rasa

Cara penyediaan: 
1.Macam biasa selawat ke atas nabi 3x terlebih dahulu
2.Rebus jering bagi empuk
3.Pada masa yang sama salai ikan ( salai di dapur kayu seelok-eloknya dengan menggunakan sabut)
4.Masukkan santan bersama cili kedalam kuali sehingga menggelegak
5.Kemudian, masukkan jering yang sudah direbus.
6.Setelah itu masukkan pula ikan yang telah disalai.
7.Akhir sekali tambah bahan perisa seperti garam, asam keping seenak rasa.


Kalaulah ikan kembung kuahnya lagi? Mmm sampai tak boleh nak cakap sedapnya









Tuesday, March 11, 2014

Gulai ikan sungai lempeng daun pisang

Teks: Nazrul Hysam Bin Nadzri
Cover photos: Koleksi peribadi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Maap tidak ke cekapan daun pisang terkoyak


Masakan lauk ikan sungai sememangnya sinonim dengan masyarakat nusantara terutamanya penduduk kampung, pelbagai sajian boleh kita lakukan dengan ikan sungai ini. Tapi apa yang ingin saya kongsikan di sini masakan yang paling rare di negeri saya ia itu 'gulai ikan sungai lempeng daun pisang'.

Inilah satu-satunya masakan yang ada kelainan sedikit cara penyediaannya di mana kuali yang digunakan dialas dengan daun pisang terlebih dahulu di atas kuali. Dengan pedasnya yang cukup serta menggunakan kelapa santan yang berkualiti amat dititik beratkan.

Kuah santan yang perlu dikacau berhati-hati, pandai mengawal keseimbangan api untuk mendapatkan kuahnya betul-betul sedap tidak ramai yang mampu menyediakan masakan ini. Di tempat saya segelintir warga tua sahaja yang mampu menyajikan masakan ini dengan sempurna. Bagi yang mahir tiada tandingan rasanya.

Kuahnya yang berlemak, pedas, masam, isi ikan yang manis dan disulam pula dengan aroma daun kunyit di dalam masakan, pasti anda dapat bayangkan bagaimana rasanya bukan? Percaya atau tidak sepinggan nasi panas makan dengan kuah sahaja sudah cukup menjadi pelengkap hidangan ketika makan, oh sedapnya! Terliur saya dibuatnya.

Inilah satu-satunya gulai ikan yang paling sedap pernah saya rasa. Kesedapan itu membuatkan saya ringan tangan untuk berkongsi dengan pembaca.  Bagi saya ini menjadi satu tanggungjawab saya untuk mengketengahkan masakan ni di laman entri, supaya resepi ini kekal terpelihara di masa akan datang terutama generasi anak muda.

Penyediaan yang rumit tidak ramai yang mahir menyajikan masakan ini termasuklah mak saya hehe! Selamat mencuba ya!




Penyediaan bahan-bahan :
1.Ikan sungai yang bersisik
2.Daun pisang (hendaklah potong melebihi dari saiz kuali)
3.Santan untuk sebiji kelapa
4.Cili api (mengikut citarasa)
5.Sehelai daun kunyit
6.Asam keping (saiz serdehana)
7.Garam


Cara penyediaan :
1.Selawat nabi 3x terlebih dahulu.
2.Layokan dulu daun pisang supaya daun menjadi lembut dan tidak mudah koyak kemudian alaskan daun pisang tersebut di atas kuali.
3.Ketika itu pastikan suhu api hendaklah sederhana, masukkan ikan dan susun sebaiknya kemudian masukkan santan dan cili yang telah ditumbuk.
4.Selepas itu masukkan asam keping dan juga daun kunyit kedalam kuali, ketika kuah mengelegak.
5.Masukkan garam secubit rasa dan kacau perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang agar ikan tidak hancur.
6.Ketika terbit minyak, padamkan api.
7.Setelah masak jangan angkat daun pisang yang sedia ada dalam kuali kerana dikhuatiri koyak.
8.Hidangkan sahaja dengan kuali-kualinya sekali ketika menjamu selera.


Daun pisangnya telah terkoyak jadinya mak hidangkan saja dalam pinggan.



Friday, February 14, 2014

JANTUNG PISANG GORENG BELACAN

Teks:Nazrulhysam b Nazdri
Cover photo:Kamera handphone


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani



Semenjak-menjak dua menjak-menjak akhir-akhir ini terlalu sukar untuk memperolehi jantung pisang sekitar tempat saya gara-gara pokok pisang bernama pisang nipah di daerah kami telah dijangkiti virus 2-3 tahun kebelakangan ini. Kalau ada pun tak banyak, sebiji dua yang ada sudah pasti disambar dulu oleh saudara mara (huhu.. sabar jelah).

Tapi syukur! Kebetulan kawan mak yang ingin ke pasar tani Pekan Bentong sempat singgah ke rumah sebelumnya, pantas mak kirim saja darinya sebanyak 2 biji. Hebat bukan! Sampai ke Bentong mencari jantung pisang. 2 jam pejalanan ketemu jua akhirnya.

Dah lama sangat tak makan masakan jantung pisang goreng belacan ni, terasa sungguh kerinduannya. Salah satu masakan kegemaran sejak di bangku sekolah lagi. Rasanya yang sedap, penyediaan yang sempoi dan hensem.

Sambil kami menikmati kelazatannya, apa salahnya saya berkongsi cara penyediaan masakan ini. Manalah tau ada pembaca diluar sana ingin mencuba. Let go.


Jantung pisang goreng sodap lak aii..


Pendedahan resipi rahsia 

2 buah jantung pisang } Dihiris halus
1 Bawang besar }Ditumbuk
Setengah genggam ikan bilis }
Belacan }Ditumbuk
Cili Api} ikut citarasa

Cara-cara membuat :

1. Niat hendaklah ikhlas dan selawat 3x kalau banyak lagi bagus
2. Tumis cili, bawang besar dan belacan bersama ikan bilis yang telah ditumbuk.
3. Masukkan jantung pisang yang sudah di basuh dan dihiris
4. Masukkan sedikit air untuk mendapatkan kuahnya
5. Tunggu sehingga jantung pisang itu layur.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Tutup api setelah jantung pisang layur.
8. Hidangkan dan sedia untuk di makan

Selamat mencuba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...