Sunday, September 23, 2018

Tumbangnya pokok-pokok warisan

Teks: Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo: Ikhsan Dari Photografer Tak Bertauliah


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Gambar ini diambil setelah empat hari ditebang, penampakan susuk tubuh ditengah-tengah pangkal pokok


Tanggal 24 September 2016 adalah tarikh keramat dan bersejarah buat kami selaku penduduk di lorong Jiah Street Kampung Pelangai N9. Dimana pokok durian gergasi yang berusia ratusan tahun ini berjaya ditumbangkan walaupun bagi kami ia adalah satu pernantian yang agak panjang namun kini kami boleh menarik nafas lega yang dulunya tercengkam atas faktor keselamatan.

Tugasan yang berlangsung selama dua hari itu bukan sahaja pokok durian  berjaya ditumbangkan malah tiga pokok besar yang berhampiran dengan rumah kami iaitu pokok bacang, pokok mangga dan pokok petai kerayung selamat ditebang dan dikerjakan sampai lenyap kesan kewujudannya.


Pokok bacang ini betul-betul mengadap pintu hadapan rumah

Program keramat ini tidak akan tercapai matlamatnya tanpa hasil bantuan sepenuhnya dari penduduk-penduduk lorong ini dan disamping itu pihak TM dan TNB juga turut memberi kerjasama yang jitu bagi menjayakan tugasan ini.


Kos keseluruhan tugasan tersebut xleh nak brain

Hari pertama jam 8 pagi ketibaan kakitangn TM dan juga TNB sibuk menurunkan wayar di tiang-tiang lorong kampung ini dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan. Kelihatan kren mula memasuki ruang halaman rumah bagi melaksanakan tugasan pertama mereka iaitu penebang perlu menaiki mangkuk kren tersebut dengan mencantas dahan-dahan pokok durian terlebih dahulu peringkat demi peringkat hingga kepetang.

Bagi tugasan terakhir selepas dua orang penebang mahir mendapat kata sepakat mereka mengambil keputusan untuk menebang pokok durian ini antara 10 kaki keatas dari pangkal pokok itu dengan kaedah kedua-dua penebang masih berada didalam mangkuk kren tersebut.


Penduduk-penduduk baru saja menyelesaikan pemotongan batang pokok dan dahan-dahannya yang tumbang melintang jalan di lorong Jiah Street
Saat pokok durian ini ditumbangkan sedikit kecuaian kecil telah berlaku bilamana waktu pokok ini tumbang ia tumbang tidak mengikut arah yang dirancang. Perancangan asal kami pokok ini haruslah ditumbangkan dalam kawasan tanah sawah terbiar dibelakang rumah saya namun disaat pokok gergasi ini ditebang, tumbangnya benar-benar diatas jalanraya lorong kampung ini. Gempar juga waktu tu!. Cemas kami dibuatnya. Mujurlah kemalangan jiwa tidak ada yang berlaku.

Yang amat mengejutkan kami waktu tumbangnya pokok gergasi ini, batang yang terhempas di atas jalanraya itu hancur berkecai dan hilang lenyap sebahagian pucuk-pucuknya. Situasi yang sama turut juga dialami oleh pokok petai kerayong tua itu, setelah ia tumbang kelihatan dari pangkal pokok hingga hampir kehujung pokok, ditengah-tengahnya kosong dan mereput.


Pokok petai kerayong petai hutan, dipercayai kewujudannya diwaktu tanah ini mula diterokai sekitar 1880 an
Untuk melihat pokok-pokok ini tumbang ia bukanlah satu perjalanan yang mudah. Hasrat itu sudah kami simpan berdekad lamanya tapi masalah kewangan yang menjadi isu utama. Bukan itu saja, orang yang benar-benar mampu menguruskan dari pihak kami pada waktu itu tidak seorang pun yang berani kehadapan masing-masing terikat ketat dengan komitmen hidupan di kota sebelumnya. 

Sebab menguruskan kerja-kerja berisiko begini kita memang memerlukan orang lelaki yang berpengalaman untuk mengurus tabir. Yang sebelum ini memang ada orang luar yang menawarkan diri untuk menguruskan penebangan pokok ini namun harga yang ditawarkan bagi menyelesaikan dua batang pokok gergasi dan dua batang pokok sederhana besar tersebut menghampiri 12k malah ada yang meminta lebih dari harga tersebut.


Dulunya sini dipenuhi pokok-pokok buluh yang merimbun
Namun kali ini rezeki telah memihak kepada kami. Elak macamanapun kalau dah itu ketentuannya 'KUN FA KUN' maka jadi jadilah. Dengan kos pengurusan yang rendah dan tak masuk akal yang kami uruskan, kerja yang dirancang dua hari itu berlanjutan hingga ketujuh hari keseluruhannya kerana kami menggunakan khidmat JCB selama tiga hari dan selebihnya banyak melakukan tugasan pembakaran. Perkara ini berlangsung benar-benar diluar jangkaan kami. 


Tenang dan lapang kebahagian dihati
Dengan menggunakan khidmat jcb yang disewa dahan-dahan yang dicantas, ditolak dan dikumpulkan setempat dengan mudah. Namun yang ironinya, pohon-pohon buluh dan pokok-pokok liar yang tumbuh dikawasan tanah nenek moyang kami habis ditolak serta diratakan menjadi lapang dan terang.


Perbezaan lima tahun dahulu dan sekarang. Pada gambar terkini itu dulunya kawasan paya dan kini ditambak tanah dan batu
Namun keadaan ini benar-benar memberi satu perubahan yang besar buat keluarga kami yang mana dari mula menjejakkan kaki 35 tahun yang lalu hutan-hutan kecil yang mengelilingi rumah kami tidak pernah sekali pun ditebang tebas hingga ke tahap ini. Pemandangangan yang lapang serta landskap yang baru seolah-olah kami mendapat satu suntikan sinar mood baru yang mana dulunya rumah kami terlindung sepi namun kini terang menyinar umpama 'hilang gelap terbitnya terang'.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...