Cover photo:Carian google
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan "ilmu jambatan hidup". Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Dari zaman terciptanya nabi Adam hingga manusia di zaman ini dengan berbekalkan ilmu jualah kehidupan menjadi lebih baik, selamat dan lebih terurus.
Namun sesuatu ilmu itu perlu dituntut atau lebih sinonimnya perlu dipelajari bagi seseorang, agar ilmu itu berkesan dan manafaat pada diri, keluarga, masyarakat serta alam sejagat. Semua itu memerlukan komitmen yang kosistan, disiplin yang tinggi dan perlu berusaha dengan gigihnya bagi medalami sesuatu ilmu itu.
Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ilmu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang menggolek yang pipih tidak datang melayang.
Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan agama islam itu sendiri dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, maka terangkatlah ketamadunan agama itu sendiri.
Di situ kita akan dapat lihat masyarakat akan lebih peka dan cinta akan ilmu itu sendiri sebagaimana dengan negara Asia tengah contohnya, majoriti rakyatnya mempunyai semangat juang yang tinggi bagi mempertahan ilmu Allah dan rasulnya.
Orang yang berilmu juga akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Setiap yang pakar dengan ilmunya memain peranan masing-masing untuk berkhidmat pada masyarakat, sebagai contoh guru dengan mengajar murid-muridnya, ustaz dengan kuliahnya dan doktor dengan pesakit-pesakitnya.
Ilmu yang kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keseimbangan ilmu ini amat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita mengejar kejayaan dan kedudukan, akhlak dan rohani makin rapuh imannya. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara yang terkeluar dari landasan agama.
Ilmu dan kejayaan tidak boleh dipisahkan, tiada orang berilmu tidak akan berjaya. Bagi saya, ilmu bukan saja dituntut di dalam sekolah malah alam inilah bilik darjah yang luas dan belajarlah dari alam. Belajar dengan alam menyedarkan kita dari mana asalnya ilmu sebenarnya ilmu kepada kita.

No comments:
Post a Comment