Cover photo:Koleksi peribadi
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Ini menyebabkan kaki kanan mengalami kebas-kebas dan lama-kelamaan semakin berat untuk melangkah dan ada waktunya tangan kanan yang dipotong ini berdenyut yang teramat sangat kesakitanya. Kesakitan itu tidak dapat di gambar dengan kata-kata mungkin sesiapa yang pernah mengalami denyutan begitu mungkin tahu betapa seksa menahan kesakitannya barangkali?.
Atas izin keluarga dan hati yang didorong untuk ingin cepat sembuh, saya menjalani pembedahan di bahagian tengkuk pada tahun 1999. Pembedahan itu pun dilakukan dengan lancarnya walaupun ia adalah satu tamparan yang hebat untuk saya tempuhi malah Ia satu perjalanan yang sulit dan amat memenatkan kerana selepas pembedahan itu saya tidak boleh berjalan seperti biasa, boleh berdiri dan melangkah tetapi kena berpaut di tempat yang kuat.
Namun, pada awal september 2012 sekali lagi saya dikejutkan dengan berita yag amat memilukan hati lagi meruntum jiwa, apabila doktor mengesahkan saya mengalami komplikasi kali kedua di bahagian yang sama. Kalau tidak dilakukan sesuatu ia boleh mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Ketika itu hanya Allah saja yang tahu betapa sedih dan pilunya hati ini kerana lebih sedekad berjuang untuk sembuh tapi kini lain pula jadinya.
Doktor di bahagian neurosurgery menyarankan agar saya menjalani pembedahan di bahagian leher bagi menyelamatkan tulang leher yang telah bengkok dan sedikit rapuh, dengan cara membuang dua batang tulang digantikan dengan besi titanium sepanjang dua inci. Menurut doktor lagi pembedahan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan saraf pernafasan, tangan kiri serta kencing dan najis.
Memang tidak dinafikan setahun ke belakangan itu memang saya dapat merasakan kekuatan saya ada sedikit merosot terutama di bahagian kaki kanan, ini menyebabkan saya tidak boleh berdiri lama. Untuk ke hospital pula begitu banyak halangannya, hidup yang serba kekurangan sering merencatkan niat untuk ke sana.
Laporan terkini daripada doktor |
Namun tidak di nafikan ada waktunya tangan ini mengalami kelenguhan dan kekebasan terutama ketika banyak menaip.Tapi ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kerjaya saya dalam bidang penulisan agar mengejar impian yang diidamkan selama ini. Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa melihat air mata saya yang tersembunyi kecuali Allah.
No comments:
Post a Comment