Friday, October 17, 2014

Bertabahku Dengan Bucket Seats Baru

Teks: Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo: Koleksi peribadi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Seat back yang biasa-biasa saja tapi bagi saya menyeramkan

Tidak dinafikan sebulan dua ini banyak perkara-perkara penting yang manis-manis tak dapat dikongsikan dalam entri ini. Dari hari raya puasa hinggalah ke hari raya korban saya lebih banyak diam memegun.

Begini?

Sebelum mantai raya puasa saya sudah mula memakai tempat duduk khas bucket seats yang ditempah benar-benar mengikut saiz badan saya. Bucket seats ini begitu penting buat saya untuk mendapatkan kembali susuk tubuh yang seimbang, lurus, anggun, seksi ayu dan lemak berkrim pasti disukai ramai!

Pada peringkat awal saya mencuba seats ini rasa biasa-biasa saja rasanya. Setelah 3,4 hari menggunakan seats tersebut rasa biasa-biasa jadi luar biasa, badan mula rasa tidak selesa lenguh-lenguh dan cepat penat.

Pada waktu tu tetamu yang datang tak dapat dilayan lama, mereka sibuk berbual saya diam menunduk bisu sahaja. Dari rasa biasa-biasa jadi rasa serba salah pula. Haha.

Puncanya boleh jadi begini sebabkan saya duduk di atas kerusi roda selama ini tidak seimbang dan badan saya banyak menyenget ke sebelah kanan bertahun-tahun lamanya.

Jadi dengan adanya seats back yang baru ini ia berperanan meluruskan kembali badan saya yang senget ke kanan itu beransur-ansur kembali keposisi asal.

Terus terang saya katakan proses ini adakala teramat azab dan menyeksakan bayangkan sekali datang sakit-sakit lenguhnya siap dengan pening kepala serta tak puas nak ambil nafas kalau cakap orang nogoghi 'napeh tak sampai'.

Kesakitan makin terasa setiap kali mahu berbaring di atas katil. Waktu itu kesakitan bercampur baur dengan kadar pernafasan yang pendek dan memenatkan, seksanya akan bertambah jika pada waktu itu terhidu bau-bauan asap atau chemical. Tabah dan terus bertabah. 


Dalam saya menahan sakit teramat, hati kecil saya membisik kekuatan. Minta saya cekal hadapi ujiannya. Saya yakinkan diri bahawa ada sinar bahagia kelak. Yang pasti, ketika itu saya akan lebih mensyukuri setiap ujian hati yang saya lalui sebelum ini.

Ujian yang dihadapi terlalu kecil kalau dibandingkan dengan orang-orang yang di luar sana yang menghadapi berbagai ujian dan cabaran yang mereka tempuhi. Di situ datangnya kekuatan dalam diri untuk saya terus menempuh ujian yang dihadapi bagaikan pendekar.

Saya menyeru kepada sesiapa yang membaca ruangan entri ini dan juga yang mengenali diri ini agar mendoakan kesihatan tubuh badan ini bertambah baik dan sihat sejahtera hendaknya serta dipermudahkan pengurusan dunia untuk akhirat.

Sokongan dan serapan kasih sayang anda amat-amat saya perlukan demi meneruskan perjuangan hidup yang belum selesai. Bila tubuh badan sihat lebih banyak amal ibadah yang boleh kita lakukan. Amin.


Wednesday, October 8, 2014

Raya Haji

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada jemaah-jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekah sana.Semoga ibadah mereka mendapat haji mabrur.

Hidup ini memang satu pengorbanan.


Kepala lembu korban..kadang-kadang jarang-jarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...