Monday, September 8, 2014

Gaza Tarik Nafas Lega Buat Sementara

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi

Anak kecil Gaza, senyuman kemenangan 

Manakan boleh lupa di awal ramadan yang lalu rakyat Gaza menerima serangan bertubi-tubi oleh askar-askar yahudi laknat hingga meragut ribuan nyawa rakyat Gaza di Palestin. Yang menjadi korban besar dalam serangan tersebut kanak-kanak dan warga tua yang tidak berdaya. Zalim!

Namun tertubuhnya pasukan briged Al Qassam yang mampu mengganggu gugat setiap serangan dari puak yahudi laknat ini benar- benar memberi satu kejutan besar buat rakyat seluruh dunia dan rakyat Israel (negara haram) terutamanya.

Dengan kehebatan briged Al Qassam yang bertunjangkan tauhid dan akidah yang tinggi serta terlatih mereka sentiasa memberi kejutan yang luar biasa ketika melakukan serangan. Dengan izin Allah!


Apalah sangat kesedihan yang ditanggung kalau dibandingkan derita rakyat Palesten puluhan tahun

Dengan kecanggihan teknologi  ketenteraan yang dimiliki oleh puak zionis ini mereka hanya mampu menumbangkan pihak tentera Al Qassam yang syahid dengan jumlah yang kecil sahaja. Malah jumlah kematian yang dialami pihak tentera dan pihak polis Israel melebihi 500 orang, tak kurang juga yang cedera parah dalam peperangan ini melebihi 1000 orang.

Ini benar-benar memberi satu tendangan hebat buat negara Israel yang sebelum ini tidak pernah berlaku mana-mana peperangan sebelum-sebelumnya sedangkan negara haram ini disebalik tabir disokong beberapa negara kuasa besar yang sudi membantu dari segi peralatan peperangan secara amnya. 

Namun dengan bantuan Allah dan teknologi persenjataan yang dicipta sendiri oleh tangan-tangan yang bijak pandai dalam briged Al Qassam, banyak tempat-tempat sememangnya menjadi sasaran dapat dimusnahkan dengan teruk malah membunuh pihak lawan bagaikan halimunan. Ninja moden!

Peperangan yang melebihi 50 hari benar-benar menjejaskan kereabiliti seorang pemimpin yang sombong malah kejam, perkara yang dirancang banyak tidak menjadi. Negara haram Israel tetap juga di hujani roket Al Qassam saban hari.

Ini menyebabkan negara haram ini mengalami kemusnahan yang teruk dan terpalit kerugian yang besar dari sudut perekonomian, ketenteraan, industri pelancongan, penerbangan, penempatan komuniti mereka dan lain-lainnya.

Ini benar-benar memberi tekanan yang berat dan satu igauan yang ngeri buat mereka. Sehingga perdana menteri negara haram ini tepaksa mengadakan gencatan senjata yang amat panjang dan dipersetujui oleh pihak Hamas akhirnya.

Disini kita boleh lihat keputusan bijak pihak Hamas bersetuju dengan gencatan senjata tanpa mahu membuat rundingan damai adalah satu tindakan yang tepat. Sebab apa? Sebab puak laknat ni memang kaki penipu.

Lambat laun mereka pasti akan mengkianati perjanjian tersebut dan mencari seribu helah untuk menyerang rakyat Palestin yang akhirnya rakyat Palestin sendiri tersepit ditengah-tengah.

Peranan kita dalam hal ini sebagai umat islam haruslah bersatu hati dan memberi kerjasama yang erat demi membela nasib bangsa seagama kita sendiri. Puak laknat ini akan sentiasa mencari jalan dan menyusun skrip untuk memecah belahkan umat islam dunia agar matlamat dan perancangan jahat mereka tercapai.

Bantulah apa yang termampu walaupun tiada harta dan wang ringgit sekadar doa sudah memadai buat pejuang-pejuang kita agar dilimpahkan barakah disana. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...