Friday, May 16, 2014

Testimoni SNE: Ujian Kejayaan Keatas Diri Sendiri

Teks:Nazrul hysam b nazdri
Cover photo:Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Gambar hiasan


Sudah agak lama juga saya tak bersiaran di entri ini nampak agak membeku sejak kebelakangan ini. Ini kerana kesihatan saya yang kurang mengizinkan semenjak-menjak dua menjak-menjak ini. Namun apa yang jelas kesan sampingan dari pengambilan ubat dari produk SNE ini membuatkan rutin pengurusan harian saya terbantut. Atas sebab kurang selesa yang pelbagai setelah mengambilnya.

Pengalaman ini memberi satu tendangan yang hebat buat saya. Atas sebab itu saya culas untuk menulis dan banyak berdiamkan diri serta berehat buat sementara.

Letih, lenguh, lesu dan penat semua berganding menjadi satu. Kelebihan produk SNE yang saya ambil ini ia mampu melembutkan urat saraf saya yang selama ini telah keras di bahagian leher sebelah kanan. Leher kanan yang keras mengkayu dan tiada rasa bila disentuh, disebabkan kekerasan itulah kepala saya ini mula senget ke kiri lama kelamaannya. Dalam erti kata yang lain sudah lari dari tiunnya. 


Malah menurut gambaran MRI sebelum ini tulang leher saya membengkok ke kiri gara-gara saraf itu sudah keras dan bila digerakan ke kanan ia hanya mampu bergerak sedikit saja.

Sampai ke satu tahap saya tidak boleh lagi tidur menangkup sambil leher pusing ke kanan kerana apabila dipusingkan ke kanan, leher dan anggota tubuh sebelah kanan akan berasa sakit yang amat dan disulam dengan kesesakan nafas yang teruk. Itu satu kombinasi yang amat menyeksakan.

Dengan mengambil produk SNE kapsul ini ia mampu melembutkan urat saraf saya beransur-ansur namun dalam proses untuk pulih itu saya terpaksa menelan risiko yang selama ini saya tidak pernah terfikir sama sekali akan kesannya sebegini.



Kepala yang senget sudah mula berubah ke tempat asalnya secara beransur ansur. Tetapi perubahan itu mengambil masa dan risiko untuk menanggung kesakitan itu teramat tinggi sehinggakan pelbagai macam rasanya. 

Setiap kali kepala ini berubah tangan kiri ini akan mula rasa kebas-kebas lenguh hingga ke hujung jari, suhu badan berubah-ubah sekejap panas sekejap sejuk adakala rasa nak demam rasanya. Dimana tempat yang rosak di situlah lebih lenguhnya. Sesak nafas dibuatnya.

Tak cukup dengan itu, penat dan lesu berganding bahu. Penat yang dialami hinggakan hendak ke tandas pun ingin saja saya menelefon teksi? Punyalah penat! Namun apakan daya tulang tiga kerat ini dikerahkan jua untuk bangun demi meneruskan kelangsungan hidup.

Kini alhamdulillah ia mula menampakan perubahan walaupun sedikit. Kulit leher yang dulunya keras kini mulai terasa lembut, kepala ini sudah ketara kembali ke asalnya dan wajah pula bertambah naik serinya. Wah perasan!

Malah apa yang menggembirakan saya kini saya boleh tidur menangkup sambil kepala dipusingkan ke kanan. Walaupun masih ada terasa ketegangan yang kuat di bahagian leher hingga ke bahu namun ia masih boleh dipusingkan ke kanan pada waktu yang agak lama tanpa mengalami sesak nafas.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur bagi Allah. Kita mampu usaha dan ikhtiar hanya Allah jua penentu segalanya dan saya akan terus mengambil produk SNE ini sebagai ubat harian dan sanggup menempuh cabarannya bagi melihat perubahan selanjutnya insha allah.

Dan apa yang berlaku pada diri saya sejak kebelakangan ini ia tidak akan mematahkan sedikit pun semangat saya untuk terus menulis bagi meluahkan rasa dan berkongsi cerita yang menafaat dengan kawan-kawan di luar sana. Bagi saya ini adalah satu tanggungjawab dan amanat mulia yang perlu saya pikul selagi hayat dikandung badan.

Tika bergelut dengan kesakitan terfikir dibenak fikiran mungkin terlalu banyak dosa-dosa yang telah sudah saya lakukan, hinggakan saya diuji begini, tapi andai ini membuatkan saya lebih baik, saya redha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...