Saturday, July 4, 2015

Amanah

Nama: Nazrul Hysam b Nadzri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Sekadar gambar hiasan

Kebanyakkan kita tahu apa itu sifat amanah. Sifat amanah ini adalah sifat wajib bagi seorang nabi. Ada empat sifat nabi yang kita semua ketahui iatu siddiq, AMANAH, tabligh dan fatanah dan lawan sifat amanah ini KIANAT.

Dari segi nilai akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.

Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang kepadanya maka diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana dituntut tanpa mengabaikannya.

Amanah adalah syarat berimannya seseorang itu

"Tiada iman pada orang yang tidak beramanah"(Riwayat Ahmad)

"Tidak sempurna iman seseorang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya" (Riwayat At-tabrani)

"Tidak sempurna iman bagi seseorang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji" (Riwayat Ahmad)

Amanah juga sebagai pengukur kemunafikan

"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukan maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu sifat munafik, sehingga dia meninggalkanya.

Empat sifat itu ialah apabila dipercayai ia kianat, apabila ia bercerita ia dusta, apabila berjanji dia mungkir dan bila bertengkar ia mengenepikan kebenaran umpama menegak benang yang basah"(Riwayat Ahmad)

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairh r.a katanya: Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara. iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkianati" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal)

"Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafik sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengaku dirinya seorang islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanah ia mengkianatinya"(Riwayat Abu al-Syeikh)

Namun coretan di atas ini lebih kepada mengingati diri sendiri agar kita sentiasa membaik pulih amal ibadah kita selagi jasad masih bernyawa. In shaa Allah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...