Saturday, May 31, 2014

Serunding Untuk Di Jual

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Serunding ikan

Sebut pasal serunding, berbagai macam kuih yang boleh kita lakukan dengan berintikannya. Tidak kiralah pada musim apa sekali pun, peningkatan kadar pembuatan serunding juga turut kian bertambah. Lebih-lebih lagi pada bulan ramadan. 

Pada dasarnya, mereka yang di luar sana tidak mahu mengambil risiko dalam pembuatan serunding ini kerana ada yang mengatakan pembuatan serunding tradisional ini sukar untuk menempelak waktu untuk memasaknya. Ada beberapa kuih yang mudah untuk dibuat di mana ia berintikan serunding. Antaranya popia simpul, karipap serunding, pulut panggang dan pelbagai lagi.

Jika anda ingin membuat tempahan, boleh menghubungi di talian 0132988958. Kami berkhidmat 24 jam. Keperluan anda keutamaan kami. 



Serunding ayam biasa sekilo RM60
Kos pos RM13/RM25 SabahSarawak

Jumlah RM73 termasuk kos pos.

Serunding daging sekilo RM60 (import)
Kos pos RM13/RM25 SabahSarawak

Jumlah RM73 termasuk kos pos.

Serunding Ikan 1kg RM60
Kos pos RM13/RM25 SabahSarawak

Jumlah RM73 termasuk kos pos.




Friday, May 30, 2014

Pakej Kurma, Kismis Dan Nasi Arab

Teks : Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photos : Koleksi Peribadi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Pakej Kurma, Kismis & Nasi Arab

PakejKurmaNasiArab 1

4 paket nasi arab  RM15 X 4 (RM60)
1 kg kismis hitam RM35

1 kg kismis Zarrin RM30

1 kg kurma maryami RM50

Kos pos RM10 (4paket nasi arab)+RM3+RM3+RM3= RM19

Jumlah termasuk pos


PAKEJ KURMA & KISMIS 1

1 kg kismis hitam RM35

1 kg kismis Zarrin RM30

1 kg kurma maryami RM50

Kos pos RM10 + RM3+ RM3= RMRM14
RM 25 SabahSarawak


Contoh penyediaan Nasi Mandy




Nasi Mandy yang enak




Berminat untuk membuat tempahan sila hubungi saya
0132988958 Nazrul

Thursday, May 29, 2014

Pakej Jualan Nasi Arab Menggamit Selera Di bulan Ramadan

Teks : Nazrul Hysam Nadzri
Cover photos : Carian google

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Megasihani


Gambar hiasan


Pakej jimat dan mudah masak bagi suri-suri, senang sangat kalau ada rencah beginikan. Bagi yang benar-benar ingin menikmati kelazatan nasi arab ini sila buat pilihan berdasarkan pakej yang disediakan di bawah.

Pakej Hidangan Keluarga

Pakej 1

1 Nasi Mandi (Arab Saudi) kotak biru- RM15
1 Maqluba Ayam kotak oren- RM15
1 Nasi Kabsah  kotak merah RM15
1 Mandy Kambing kotak hijau RM15
Oat Chocolate 2 paket (RM12 X2) RM24

Jumlah
Kos pos RM15

Jumlah keseluruhan

RM99 termasuk kos pos




Pakej 2


1 nasi mandy kambing Yaman (kotak hijau) RM15
1 maqluba ayam (kotak oren) RM15
1 mandi ayam saudi (kotak biru) RM15
1 Nasi kabsah ayam (kotak merah) RM15

Jumlah RM60
Kos pos RM11 (skynet)

Jumlah Termasuk Pos RM71

Pakej 3

4 kotak mandy arab (RM15 X 4) = RM60

Chocolate oat choco = RM12 x2 (RM24)

kos pos RM15 (skynet)

Jumlah termasuk pos = RM99


Pakej 4

4 paket nasi maqluba ayam (RM15 X4) = RM60

2 paket oat choco RM12 X2 = RM24

Kos Pos 15

Jumlah RM99

Pakej 5

1 peket maqluba ayam (kuning) RM15
1 kabsah ayam (merah) RM15
1 mandy kambing (hijau) RM15
1 mandy ayam (biru) RM15

2 oat choco (RM24)

Kos pos RM15

Jumlah keseluruhan: RM99

Pakej 6

4 mandy kambing RM15 X 4 (RM60)
2 oat choco 12X 2 (RM24)

Kos pos RM15

Jumlah keseluruhan RM99



Pakej 7

4 mandy ayam RM15 X 4
2 oat choco RM12 X 2

Kos pos RM15

Jumlah keseluruhan RM99


Pakej 8

4 kabsah ayam RM15 X 4 = RM60
2 oat choco RM12 X 2 = RM24

Kos pos RM15

jumlah keseluruhan : RM 99



Setelah mengambil kata bulat sepakat sebarang tempahan boleh hubungi saya
0132988958 Nazrul

Wednesday, May 28, 2014

Penangan Jering Basau

Teks:Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo:Kamera Lenovoku

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Jering basau gulai dengan ikan tenggiri salai, mak letak sedikit daun cepeaper




Mula-mula saya nak cerita pasal apa itu jering basau? Ok! jering basau jering yang yang kita tanam dalam pasir atau habuk papan diletak dalam satu bekas dan dibiarkan dua atau tiga minggu. Kambus pasir atau habuk papan itu sebaik mungkin dan siram sedikit air bagi kelembaban di sekitarnya.

Dengan hasil tanaman itu bentuk saiznya menjadi lebih besar dari sebelumnya, keras, warna berubah kuning kehijau-hjauan dan seolah-olah jering itu ingin mulai tumbuh pucuknya. Kalau saya jangan kata makan, nak gigit pun saya tak sanggup. Itulah jering basau.


Jering yang ditanam hampir 2 minggu, siap siaga dikorbankan


Dari zaman kanak-kanak lagi jering bukanlah ulam pilihan saya bayangkan jering muda pun sudah lengkap kepayauannya ini pula rasa jering basau. Eeerkk! Namun ada satu keistimewaan mengenai jering basau ini yang benar-benar menggamit selera saya hampir sedekad ini iaitu gulai jering basau dengan ikan kembung salai.

Gulai jering basau dengan ikan salai ni ada beberapa jenis ikan yang boleh digunakan tapi saya lebih suka menggunakan ikan kembung. Kenapa ikan kembung? Sebab keenakan kuahnya yang begitu sedap dan aromanya sangat mengiurkan.


Lemak, pedas, masam dan tekstur ikan bercampur dengan kepayauan jering itu membuatkan makan nasi dengan kuah sahaja sudah cukup. Memang terangkat!. Bagi yang tak biasa menghirup pasti terbatuk-batuk dan menyebut haaa pedas. Tapi pedas sedap tau.

Kesedapan itulah jari ini ringan nak berkongsi resepi ini dengan pembaca. Tapi kali ini mak tidak menggunakan ikan kembung cuma mak menggantikannya dengan ikan tenggiri.

Selamat berjuang ya kawan-kawan.
Ikan tenggiri  disalai dengan  dapur old skool

Persediaan bahan-bahan:                         1.Jering basau 500 gram
2.Ikan kembung atau ikan tenggiri perlu disalai dahulu
3.Santan sebiji kelapa
4.Cili secukup rasa
5.Asam keping 
6.Kunyit
7.Garam secukup rasa

Cara penyediaan: 
1.Macam biasa selawat ke atas nabi 3x terlebih dahulu
2.Rebus jering bagi empuk
3.Pada masa yang sama salai ikan ( salai di dapur kayu seelok-eloknya dengan menggunakan sabut)
4.Masukkan santan bersama cili kedalam kuali sehingga menggelegak
5.Kemudian, masukkan jering yang sudah direbus.
6.Setelah itu masukkan pula ikan yang telah disalai.
7.Akhir sekali tambah bahan perisa seperti garam, asam keping seenak rasa.


Kalaulah ikan kembung kuahnya lagi? Mmm sampai tak boleh nak cakap sedapnya









Sunday, May 25, 2014

Kini Semalaya Sudah Termakan Babi

Teks: Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi


Baru- baru ini negara digemparkan dengan isu  COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK yang telah disahkan oleh pihak JAKIM mempunyai DNA babi (procine) dalam kandungannya.

Perkara begini benar-benar mengecewakan saya, bayangkan syarikat besar dan ternama begini sanggup menipu atas niat yang kita belum tahu apa niat sebenarnya. Namun apa yang pasti penguna besar di negara ini adalah orang islam.

Di sini ingin saya himpunkan sedikit statement yang saya ambil di page 'Ameno World' melalui FB saya. Namun statement ini tidaklah pasti kebenarannya sekadar ingin berkongsi.










Kalau ikutkan akal logik saya statement di atas ada juga benarnya. Itu sekadar pendapat saya, tak tahulah anda bagaimana?

Namun terfikir saya sejenak kenapa baru sekarang JAKIM dapat mendedahkan hal ini? Sedangkan produk ini sudah bertahun-tahun berada di pasaran malah amat meyedihkan mungkin ratusan ribu saudara seislam saya telah memakan produk ini. Apa cita!

Tak kisahlah apa statement yang akan dikeluarkan oleh pihak JAKIM selepas ini. Namun saya amat yakin kalau begini tindakan JAKIM pasti ada lagi makan-makanan yang mempunyai DNA babi yang masih bebas terjual di luar sana.

Harapkan pegar
Tapi, pegar tak boleh harap.

Ayuh saudara islamku kita harus bangkit dan peka dengan permasalahan ini. Isu begini kita tidak boleh mengambil enteng dengan semudahnya, makanan yang masuk ke dalam badan kita ia ada hubung kaitnya dengan hati. Bila tubuh sudah biasa disuap dengan hidangan-hidangan begini. Anda sendiri tahu jawapannya bukan? Bangkit! Nyalakanlah mata hati seakidahku.



Tuesday, May 20, 2014

Membongkar Rahsia Pembuatan Gula Anau Asli

Teks:Nazrul Hysam b Nazdri
Cover photo:Koleksi peribadi


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Gula anau asli


Siapa yang tidak tahu dengan keenakan gula anau ini, boleh dikatakan satu nusantara tahu mengenai gula ini. Akan tetapi berapa ramai yang tahu gula ini benar-benar asli atau gula campuran dan disebalik sukatan cara pembuatannya yang betul-betul telus sehinggakan gula ini mempunyai peminatnya tersendiri. Yang dari jauh sanggup datang mencari, yang tak dapat mengigit jari. 'Gula anau, si raja gula segala gula'.

Sebagaimana yang kita tahu sebelum ini tidak ada mana-mana wacana yang mendedahkan disebalik penyediaan gula ini secara terperinci pembuatannya, hinggakan masih ramai lagi yang tidak tahu membezakan rasa keaslian gula ini terutama sekali bagi warga kota.

Di sini saya akan cuba memdedahkan sedikit sebanyak bagaimana cara pembuatan dan penyediaan gula anau yang benar-benar asli dan terjamin keenakannya.


Kuala Pilah adalah salah satu daerah yang paling popular dengan pembuatan gula anau ini. Ke mana kita pergi masih lagi mudah untuk mendapatkan stoknya. Stok akan putus sekiranya cuaca panas melampau 'air nira akan terganggu', air nira dikerjakan oleh sekumpulan kera dan beberapa masalah yang hanya pengetuk anau saja yang mampu menyelesaikan masalah itu.



Pokok yang ditadah niranya dan air nira yang dimasak setelah diletak gula pasir



Seawal pagi si pengetuk anau atau merangkap si tukang masak gula akan pergi mengambil hasil tadahan air nira yang ditadah dari petang semalam di sekitar lokasinya. 

Setelah pulang ke rumah kawah yang sederhana besar segera dijerangkan dengan kadar api yang sederhana dan kebiasaannya air nira digunakan sebanyak 29 ke 30 liter sekali masak dalam satu waktu. Bila nira sudah mengelegak bahan sokongan yang perlu dimasukkan iaitu gula pasir.

Kenapa perlu gula pasir?

Ya! Gula pasir perlu digunakan dalam pembuatan gula anau ini dan fungsi besar adalah untuk membeku atau mengeraskan air gula anau tersebut dan dalam bahasa noghori ia dipanggil 'mangkaeh'. Tanpa gula pasir air nira tidak akan membeku dengan baik.

Tapi kalau di zaman dahulu kala mereka menggunakan sejenis akar kayu yang dipanggil 'mambo' namanya bagi membekukan gula tersebut namun gula pasir lebih mudah didapati hari ini dibandingkan akar kayu 'mambo' yang perlu meredah hutan untuk mendapatkannya.

Di sini bermulalah titik tolak setiap pembuatan gula anau itu sama ada gula anau itu asli atau  gula anau campur.

Air nira yang betul-betul baik kualitinya gula pasir hanya digunakan sekadar semangkuk sudah mencukupi. Sukatan ini sudah menyamai standardnya dengan madu lebah asli. Bagi yang tahu rahsia khasiatnya ada yang membuat ubat dengan menggunakan gula anau cair asli ini.Yang uniknya gula yang telah membeku dianggarkan tidak melebihi 2 minggu gula akan mencair kembali.


Gula anau cair enak dicicah roti.


Namun untuk mendapatkan air nira yang berkualiti tinggi ini ia hendaklah diambil seawal pagi dan perlu dimasak pada pagi itu juga. Ia bergantung juga dengan keadaan cuaca yang baik serta sipembuat gula anau itu bukan sekadar mahir sahaja malah mempunyai pengalaman yang jauh.

Namun dengan keadaan cuaca hari ini dengan menggunakan air nira yang baik dan berkualiti sudah cukup kita menggunakan gula pasir dalam anggaran 1/2kg ke 2kg gula sahaja. Sekira air nira kurang kualitinya atau air nira terganggu gula pasir hanya perlu digunakan sebanyak 3kg. 

Sukatan ini sudah memadai. Dengan kaedah ini, masih boleh dikatakan gula anau ini tulen dan asli malahan masih lagi terjamin keenakannya. Manis, berlemak wangi, kenyal-kenyal rapuh bila dikunyah dan manisnya meresap pekat ke dalam rongga mulut. Aduh sedapnya!


Waktu yang sesuai meletakkan buah keras
Gula yang dikeluarkan dari tuangnya dan sedia  dibungkus
       














Manakala cara pembuatan gula campuran pula berbagai kaedah dilakukan. Ia dikatakan gula campur itu air nira diletakkan sebagai syarat saja selebihnya gula pasir banyak digunakan sebagai contoh, 10 liter air niranya dan 10kg gula pasir digunakan atau mungkin lebih.

Malah ada yang menggunakan gula merah untuk mendapatkan warna yang sama namun apa yang menyecewakan ada juga pihak yang memasak gula ini tanpa menggunakan air nira sedikit pun dengan menggunakan air teh o dengan gula pasir sahaja. Hebat bukan! 

Ini adalah segelintir pihak yang suka mengambil jalan mudah demi mengaut keuntungan semata-mata. Tapi bagi seorang pelanggan perkara begini tepuk dada tanya selera, kuasa memilih di tangan pembeli. 
Inilah sebahagian hidangan-hidangan yang menggunakan gula anau asli iaitu buah melaka, wajit cair dan inti kelapa. Kelazatannya hingga menjilat jari kaki!
Untuk sentuhan terakhir tika air nira mengelegak kekuningan coklat kita  masukkan terus buah keras. Kebiasaannya untuk sekali masakan buah keras akan digunakan sebanyak 6 ke 7 biji. Fungsi buah keras ini adalah untuk mewangikan serta melemakkan gula tersebut.

Ada lagi satu kaedah untuk mendapatkan gula itu berlemak dan wangi dengan cara menggunakan kelapa tua yang telah dikeringkan namun kaedah ini tidak lagi popular digunakan kerana gula yang disimpan terlalu lama gula anau tersebut akan berbau 'tengi'. Berbeza dengan menggunakan buah keras walaupun bertahun-tahun disimpan dalam peti sejuk kewangian tetap terpelihara.

Setelah gula itu masak gula anau tersebut segera dituangkan ke dalam acuannya yang diperbuat dari buluh. Tunggu gula itu sejuk dan ia boleh dijual terus.


Gula anau asli wangi, berlemak manis cair di mulut tidak di tangan.

Begitulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan sedikit maklumat yang saya dapat mengenai gula anau ini agar pengunjung blog ini memahami cara pembuatan, penyediaan dan dapat membezakan keaslian gula tersebut. Sekiranya maklumat saya tidak lengkap atau terkurang maafkan saya ya! 

Dan dari pengalaman saya, ini bukanlah satu kerja yang mudah untuk dilakukan ia memerlukan doa dan ilmu yang cukup serta petua dan pantang larang tertentu yang perlu diikuti agar mengelak dari risiko yang tidak diingini berlaku.


Malah ini adalah salah satu warisan yang perlu kami perlihara bersama terutama anak-anak Kuala Pilah agar warisan ini tidak pupus dibaham arus pembangunan. 

Friday, May 16, 2014

Testimoni SNE: Ujian Kejayaan Keatas Diri Sendiri

Teks:Nazrul hysam b nazdri
Cover photo:Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Gambar hiasan


Sudah agak lama juga saya tak bersiaran di entri ini nampak agak membeku sejak kebelakangan ini. Ini kerana kesihatan saya yang kurang mengizinkan semenjak-menjak dua menjak-menjak ini. Namun apa yang jelas kesan sampingan dari pengambilan ubat dari produk SNE ini membuatkan rutin pengurusan harian saya terbantut. Atas sebab kurang selesa yang pelbagai setelah mengambilnya.

Pengalaman ini memberi satu tendangan yang hebat buat saya. Atas sebab itu saya culas untuk menulis dan banyak berdiamkan diri serta berehat buat sementara.

Letih, lenguh, lesu dan penat semua berganding menjadi satu. Kelebihan produk SNE yang saya ambil ini ia mampu melembutkan urat saraf saya yang selama ini telah keras di bahagian leher sebelah kanan. Leher kanan yang keras mengkayu dan tiada rasa bila disentuh, disebabkan kekerasan itulah kepala saya ini mula senget ke kiri lama kelamaannya. Dalam erti kata yang lain sudah lari dari tiunnya. 


Malah menurut gambaran MRI sebelum ini tulang leher saya membengkok ke kiri gara-gara saraf itu sudah keras dan bila digerakan ke kanan ia hanya mampu bergerak sedikit saja.

Sampai ke satu tahap saya tidak boleh lagi tidur menangkup sambil leher pusing ke kanan kerana apabila dipusingkan ke kanan, leher dan anggota tubuh sebelah kanan akan berasa sakit yang amat dan disulam dengan kesesakan nafas yang teruk. Itu satu kombinasi yang amat menyeksakan.

Dengan mengambil produk SNE kapsul ini ia mampu melembutkan urat saraf saya beransur-ansur namun dalam proses untuk pulih itu saya terpaksa menelan risiko yang selama ini saya tidak pernah terfikir sama sekali akan kesannya sebegini.



Kepala yang senget sudah mula berubah ke tempat asalnya secara beransur ansur. Tetapi perubahan itu mengambil masa dan risiko untuk menanggung kesakitan itu teramat tinggi sehinggakan pelbagai macam rasanya. 

Setiap kali kepala ini berubah tangan kiri ini akan mula rasa kebas-kebas lenguh hingga ke hujung jari, suhu badan berubah-ubah sekejap panas sekejap sejuk adakala rasa nak demam rasanya. Dimana tempat yang rosak di situlah lebih lenguhnya. Sesak nafas dibuatnya.

Tak cukup dengan itu, penat dan lesu berganding bahu. Penat yang dialami hinggakan hendak ke tandas pun ingin saja saya menelefon teksi? Punyalah penat! Namun apakan daya tulang tiga kerat ini dikerahkan jua untuk bangun demi meneruskan kelangsungan hidup.

Kini alhamdulillah ia mula menampakan perubahan walaupun sedikit. Kulit leher yang dulunya keras kini mulai terasa lembut, kepala ini sudah ketara kembali ke asalnya dan wajah pula bertambah naik serinya. Wah perasan!

Malah apa yang menggembirakan saya kini saya boleh tidur menangkup sambil kepala dipusingkan ke kanan. Walaupun masih ada terasa ketegangan yang kuat di bahagian leher hingga ke bahu namun ia masih boleh dipusingkan ke kanan pada waktu yang agak lama tanpa mengalami sesak nafas.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur bagi Allah. Kita mampu usaha dan ikhtiar hanya Allah jua penentu segalanya dan saya akan terus mengambil produk SNE ini sebagai ubat harian dan sanggup menempuh cabarannya bagi melihat perubahan selanjutnya insha allah.

Dan apa yang berlaku pada diri saya sejak kebelakangan ini ia tidak akan mematahkan sedikit pun semangat saya untuk terus menulis bagi meluahkan rasa dan berkongsi cerita yang menafaat dengan kawan-kawan di luar sana. Bagi saya ini adalah satu tanggungjawab dan amanat mulia yang perlu saya pikul selagi hayat dikandung badan.

Tika bergelut dengan kesakitan terfikir dibenak fikiran mungkin terlalu banyak dosa-dosa yang telah sudah saya lakukan, hinggakan saya diuji begini, tapi andai ini membuatkan saya lebih baik, saya redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...