Tuesday, April 22, 2014

KISAH SI GARAM GUNUNG

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Koleksi peribadi


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengetahui

Garam gunung Himalaya di timur Pakistan


Garam gunung Himalaya berasal dari kawasan Gunung Himalaya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat paling bersih dan mempunyai struktur organik geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.

Garam gunung Himalaya berbeza daripada garam halus yang lain yang diproses dimana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudaratkan apabila proses pembersihan turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium, dan besi perlu bekerjasama dengan sodium.

Garam biasa yang dibeli di pasaran diproses dengan air laut bercampur kimia menjadi natrium klorida saja, yang mengakibatkan masalah darah tinggi. Segala mineral-mineral lain dikeluarkan dan megandungi unsur aditif seperti aliminium silikat yang menjadi unsur sangat beracun bagi sistem saraf manusia dikenalpasti salah satu puncanya iaitu penyakit alzheimer.


Garam gunung yang asal







Garam gunung yang telah dikisar halus




Garam gunung menambah kualiti segala sesuatu yang dicampurkan dengannya. Ia berfungsi sebagai pemangkin, dalam tindakbalas kimia oleh itu ia sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan. mengurangkan masalah angin dan gastrik.

Malah ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kalenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh, ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah ostoporosis.

Amalan Rasullulalah S A W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan terbukti oleh sain boleh menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Ia mencerna makanan kepada asid amino dan enzim tertentu dan disalurkan melalui sistem buah pinggang dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang seperti kusta, sakit gigi, sakit kepala, melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui dengan cara perubatan islam.








 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...