Sunday, March 16, 2014

HUJAN RAHMAT

Teks: Nazrul hysam b nazdri
Cover photo: Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani




Alhamdulillah, lama sudah kampung saya tidak dituruni hujan, hujan kali terakhir awal bulan lepas rasanya. Petang semalam buat julung-julung kalinya hujan turun selama 5 minit, itu pun sudah memadai agar dapat membasahi bumi yang kering dan berjerebu.

Pagi ini sekali lagi hujan turun sesudah subuh sekejap lebat sekejap renyai turunnya, di bawanya hingga ke malam. Seronoknya! Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembira, sayu dan pilu hati sang pria kacak ini setelah hujan turun membasahi bumi. Syukur.

Hujan yang turun dua hari ini amat terkesan di hati. Bimbang dengan kemarau yang melanda, panas terik yang berbahang, berminggu-minggu lamanya menyebabkan padang rumput botak kekuning-kuningan, anak-anak pokok ada yang mati di tepi-tepi jalan sehingga setengah-setengah tempat hutan kecil mengalami kebakaran. 

Tak cukup dengan itu pula jerebu dari kebakaran yang terbuka melanda kami di sebelah semenanjung pantai barat terutamanya. Ada juga yang terjejas kesihatannya seperti demam-demam, sakit tekak dan mata perit kepedihan kesan panas terik bercampur jerebu. Teruji sungguh rasanya.

Dalam kita menempuh musibbah yang ada kita pula digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac yang lalu. Berita itu amat menyedihkan buat kami sekeluarga.

Peringkat awalnya kami menyangkakan kapal terbang tersebut telah terhempas di lautan namun setelah Perdana Menteri memberitahu kapal terbang itu telah dirampas oleh pihak tertentu pada petang semalam. Pada masa yang sama kampung saya di basahi hujan yang lebat dan menyamankan.

Bagi saya ini adalah satu simbolik yang positif bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi keluarga simangsa. Sekiranya kapal terbang itu telah dirampas, sudah pasti penumpang-penumpang di dalamnya masih hidup. Harap-harapkan begitulah hendaknya?

Jadi sama-samalah kita mendoakan agar pesawat MH370 dapat ditemui dan tidak berlaku sebarang kecelakaan pada setiap penumpangnya.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hamba mu ini yang sentiasa dalam kemaksiatan ya Allah dan jauhilah hambamu ini dari tergolong dalam golongan manusia-manusia penyakit akhir zaman.



Tuesday, March 11, 2014

Gulai ikan sungai lempeng daun pisang

Teks: Nazrul Hysam Bin Nadzri
Cover photos: Koleksi peribadi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Maap tidak ke cekapan daun pisang terkoyak


Masakan lauk ikan sungai sememangnya sinonim dengan masyarakat nusantara terutamanya penduduk kampung, pelbagai sajian boleh kita lakukan dengan ikan sungai ini. Tapi apa yang ingin saya kongsikan di sini masakan yang paling rare di negeri saya ia itu 'gulai ikan sungai lempeng daun pisang'.

Inilah satu-satunya masakan yang ada kelainan sedikit cara penyediaannya di mana kuali yang digunakan dialas dengan daun pisang terlebih dahulu di atas kuali. Dengan pedasnya yang cukup serta menggunakan kelapa santan yang berkualiti amat dititik beratkan.

Kuah santan yang perlu dikacau berhati-hati, pandai mengawal keseimbangan api untuk mendapatkan kuahnya betul-betul sedap tidak ramai yang mampu menyediakan masakan ini. Di tempat saya segelintir warga tua sahaja yang mampu menyajikan masakan ini dengan sempurna. Bagi yang mahir tiada tandingan rasanya.

Kuahnya yang berlemak, pedas, masam, isi ikan yang manis dan disulam pula dengan aroma daun kunyit di dalam masakan, pasti anda dapat bayangkan bagaimana rasanya bukan? Percaya atau tidak sepinggan nasi panas makan dengan kuah sahaja sudah cukup menjadi pelengkap hidangan ketika makan, oh sedapnya! Terliur saya dibuatnya.

Inilah satu-satunya gulai ikan yang paling sedap pernah saya rasa. Kesedapan itu membuatkan saya ringan tangan untuk berkongsi dengan pembaca.  Bagi saya ini menjadi satu tanggungjawab saya untuk mengketengahkan masakan ni di laman entri, supaya resepi ini kekal terpelihara di masa akan datang terutama generasi anak muda.

Penyediaan yang rumit tidak ramai yang mahir menyajikan masakan ini termasuklah mak saya hehe! Selamat mencuba ya!




Penyediaan bahan-bahan :
1.Ikan sungai yang bersisik
2.Daun pisang (hendaklah potong melebihi dari saiz kuali)
3.Santan untuk sebiji kelapa
4.Cili api (mengikut citarasa)
5.Sehelai daun kunyit
6.Asam keping (saiz serdehana)
7.Garam


Cara penyediaan :
1.Selawat nabi 3x terlebih dahulu.
2.Layokan dulu daun pisang supaya daun menjadi lembut dan tidak mudah koyak kemudian alaskan daun pisang tersebut di atas kuali.
3.Ketika itu pastikan suhu api hendaklah sederhana, masukkan ikan dan susun sebaiknya kemudian masukkan santan dan cili yang telah ditumbuk.
4.Selepas itu masukkan asam keping dan juga daun kunyit kedalam kuali, ketika kuah mengelegak.
5.Masukkan garam secubit rasa dan kacau perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang agar ikan tidak hancur.
6.Ketika terbit minyak, padamkan api.
7.Setelah masak jangan angkat daun pisang yang sedia ada dalam kuali kerana dikhuatiri koyak.
8.Hidangkan sahaja dengan kuali-kualinya sekali ketika menjamu selera.


Daun pisangnya telah terkoyak jadinya mak hidangkan saja dalam pinggan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...