Tuesday, December 31, 2013

APABILA ALLAH MENGUJIKU

Teks:Nazrul hysam b nadzri
Cover photo:Koleksi peribadi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


Brown Sequad Sindrom, inilah nama penyakit yang saya alami setelah setahun mengalami kemalanganan jalanraya. Kini sudah 14 tahun saya menghidap penyakit ini. Kecederaan yang di alami di tulang belakang ( di level c3 ) ia menyebabkan ada kecederaan kecil di saraf tunjang saya pada bahagian tengkuk. Yang dulunya boleh berjalan seperti biasa kini berubah mengunakan kerusi roda sepenuh masa. "Yang ingin mengetahui lebih lanjut cari di google ya".

Ini menyebabkan kaki kanan mengalami kebas-kebas dan lama-kelamaan semakin berat untuk melangkah dan ada waktunya tangan kanan yang dipotong ini berdenyut yang teramat sangat kesakitanya. Kesakitan itu tidak dapat di gambar dengan kata-kata mungkin sesiapa yang pernah mengalami denyutan begitu mungkin tahu betapa seksa menahan kesakitannya barangkali?.

Atas izin keluarga dan hati yang didorong untuk ingin cepat sembuh, saya menjalani pembedahan di bahagian tengkuk pada tahun 1999. Pembedahan itu pun dilakukan dengan lancarnya walaupun ia adalah satu tamparan yang hebat untuk saya tempuhi malah Ia satu perjalanan yang sulit dan amat memenatkan kerana selepas pembedahan itu saya tidak boleh berjalan seperti biasa, boleh berdiri dan melangkah tetapi kena berpaut di tempat yang kuat.

Namun, pada awal september 2012 sekali lagi saya dikejutkan dengan berita yag amat memilukan hati lagi meruntum jiwa, apabila doktor mengesahkan saya mengalami komplikasi kali kedua di bahagian yang sama. Kalau tidak dilakukan sesuatu ia boleh mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Ketika itu hanya Allah saja yang tahu betapa sedih dan pilunya hati ini kerana lebih sedekad berjuang untuk sembuh tapi kini lain pula jadinya.

Doktor di bahagian neurosurgery menyarankan agar saya menjalani pembedahan di bahagian leher bagi menyelamatkan tulang leher yang telah bengkok dan sedikit rapuh, dengan cara membuang dua batang tulang digantikan dengan besi titanium sepanjang dua inci. Menurut doktor lagi pembedahan itu perlu dilakukan bagi menyelamatkan saraf pernafasan, tangan kiri serta kencing dan najis.

Memang tidak dinafikan setahun ke belakangan itu memang saya dapat merasakan kekuatan saya ada sedikit merosot terutama di bahagian kaki kanan, ini menyebabkan saya tidak boleh berdiri lama. Untuk ke hospital pula begitu banyak halangannya, hidup yang serba kekurangan sering merencatkan niat untuk ke sana.

Bila mendengar penjelasan dari doktor itu bermacam ona kurang enak bermain di minda. Hati kecil mula berkata 'pembedahan yang dulu sampai sekarang keadaan badan lemah dan memenatkan apatah lagi pembedahan kali kedua?'. Setelah berbincang dengan saudara mara dan teman-teman terdekat saya  memohon menangguhkan pembedahan buat sementara waktu agar memberi ruang kepada saya mencuba alternative lain.


Laporan terkini daripada doktor
Kini setahun telah berlalu, kedatangan saya ke klinik neurosurgery baru-baru ini memberi sekelumit kelegaan buat diri ini setelah menjalani pemeriksaan oleh doktor tangan kiri ini masih lagi tidak menunjukkan sebarang kelemahan yang ketara dan mampu untuk mengangkat tangan walaupun hampir tiga kali saya menangguhkan pembedahan. 

Namun tidak di nafikan ada waktunya tangan ini mengalami kelenguhan dan kekebasan terutama ketika banyak menaip.Tapi ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kerjaya saya dalam bidang penulisan agar mengejar impian yang diidamkan selama ini. Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa melihat air mata saya yang tersembunyi kecuali Allah. 







Monday, December 30, 2013

ILMU BERMANFAAT

Teks:Nazrul hysam b nadzri 
Cover photo:Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani



"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan "ilmu jambatan hidup". Itulah antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Dari zaman terciptanya nabi Adam hingga manusia di zaman ini dengan berbekalkan ilmu jualah kehidupan menjadi lebih baik, selamat dan lebih terurus.

Namun sesuatu ilmu itu perlu dituntut atau lebih sinonimnya perlu dipelajari bagi seseorang, agar ilmu itu berkesan dan manafaat pada diri, keluarga, masyarakat serta alam sejagat. Semua itu  memerlukan komitmen yang kosistan, disiplin yang tinggi dan perlu berusaha dengan gigihnya bagi medalami sesuatu ilmu itu. 

Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ilmu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang menggolek yang pipih tidak datang melayang.

Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan tanah air tercinta.


Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia tentang kehebatan agama islam itu sendiri dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, maka terangkatlah ketamadunan agama itu sendiri.

Di situ kita akan dapat lihat masyarakat akan lebih peka dan cinta akan ilmu itu sendiri sebagaimana dengan negara Asia tengah contohnya, majoriti rakyatnya mempunyai semangat juang yang tinggi bagi mempertahan ilmu Allah dan rasulnya. 

Orang yang berilmu juga akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum. Setiap yang pakar dengan ilmunya memain peranan masing-masing untuk berkhidmat pada masyarakat, sebagai contoh guru dengan mengajar murid-muridnya, ustaz dengan kuliahnya dan doktor dengan pesakit-pesakitnya.

Ilmu yang kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. Keseimbangan ilmu ini amat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita mengejar kejayaan dan kedudukan, akhlak dan rohani makin rapuh imannya. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara yang terkeluar dari landasan agama.

Ilmu dan kejayaan tidak boleh dipisahkan, tiada orang berilmu tidak akan berjaya. Bagi saya, ilmu bukan saja dituntut di dalam sekolah malah alam inilah bilik darjah yang luas dan belajarlah dari alam. Belajar dengan alam menyedarkan kita dari mana asalnya ilmu sebenarnya ilmu kepada kita.

Tuesday, December 24, 2013

APA CITAA!!..

Teks: Nazrul hysam b nadzri
Cover photo: Koleksi dalam laptop saya


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




Sekitar tiga bulan yang lalu di antara pertengahan bulan september saya telah diundang menghadiri program klinik berkerusi roda di sebuah hospital terkemuka di tempat saya, yang sebelum ini pihak hospital ada mengundang saya lima bulan sebelumnya, namun perlaksanaan itu terbantut kerana tiada pemandu yang boleh menghantar saya ke sana. 

Namun atas perbincangan saya, adik sepupu dengan kawan-kawannya bersetuju menghantar saya ke hospital tersebut di bahagian klinik pemulihan, setibanya kami di sana seperti biasa ambil nombor giliran di kuanter dan kami duduk di kerusi bahagian belakang sekali, 'biasalah orang muda mahu buat hal sendiri kononnya'. Setelah menunggu selama satu jam, nama saya pun dipanggil.

Lalu saya pun menuju ke satu bilik yang ketika itu seorang doktor sedang menunggu saya untuk ditemu ramah dan mengambil latar belakang saya. Selang beberapa minit, doktor pakar dan mekanik datang untuk melihat kerusi roda saya. Menurut doktor pakar dan mekanik, kerusi roda saya perlu di ganti baru kerana atas faktor usia yang sudah melebihi lima tahun dan kelengkapannya sudah banyak rosak. Sedang sibuk mereka memeriksa, datang seorang kakak jururawat menghulurkan borang permohonan kepada saya. Kata juruwat itu kepada saya.

Kakak jururawat : Rul, borang ni kau sign je.
Saya : Baik kak, lantas jari ini pun menyain.
Saya : Kak, lepas saya sign nak buat apa?
Kakak jururawat : Yang lain tu kau jangan risau. Nanti akak isi kan borang ni lepas tu akak akan hantarkan borang ni ke pejabat kebajikan hospital. Kau tunggu jelah panggilan dari pihak mereka nanti ya.
Saya: Ok cun.

Hampir satu jam program itu berlangsung, setelah masing-masing mendapat kata sepakat kami pun bersurai. Dalam perjalanan pulang hati ini gembira tidak terkata gembiranya umpama sepasang pengantin di malam pertama barangkali.

Selepas dua bulan saya menunggu tiada khabar berita dari pihak hospital. Hati ini seakan bimbang kerana tidak ada sebarang jawapan yang pasti dari pihak hospital, dua bulan itu satu tempoh yang agak lama buat saya. 

Lalu saya mengambil keputusan dengan menelefon pihak hospital, langkah pertama saya menelefon pihak pejabat kebajikan hospital. Menurut beliau, mereka tidak menerima sebarang surat permohonan atas nama saya dari pihak klinik pemulihan.

Langkah kedua, saya menelefon pihak klinik pemulihan, panggilan saya dijawab oleh kakak jururawat yang sama pada tempoh hari. Dia bilang pihak klinik pemulihan masih belum lagi menghantar borang permohonan ke pejabat kebajikan hospital, kami akan menghantar borang permohonan itu secepat mungkin dan akan menelefon saya katanya.

Saya pun meletakkan telefon dan cuba berlapang dada serta berfikiran positif dengan jawapan kakak jururawat pada waktu itu.

Kini sudah satu bulan saya menunggu. Namun tidak ada sebarang panggilan yang saya terima. Lalu, saya memberanikan diri menelefon pihak hospital kembali. Seperti sedia kala, saya menelefon pihak kebajikan hospital macam biasa tiada sebarang surat permohonan diterima. Kedua saya menelefon pihak klinik pemulihan.

Jawapan dari kakak jururawat yang sama, dia memberitahu ada masalah pula dari pihak pembekal mengenai surat sebut harga, sebut harga yang diberi sebelum ini ada kesilapan katanya. Dalam hati saya berbicara sendiri, ' tiga bulan saya menunggu, jawapan yang tidak munasabah yang diberi, nasib baik saya telefon, kalau tidak entah berapa bulan lagi kena tunggu sambil mengerut dahi '. Hati mula berprasangka tidak enak dengan kakak jururawat itu?.


Tidak sesuai di baik pulih, ganti baru saja menurut doktor pakar
Pantas saya menelefon pihak pembekal. Namun prasangka yang kurang enak itu memang benar tekaannya apabila pihak pembekal memberitahu saya bahawa pihak hospital tidak sedikit pun menghubungi pihak mereka atas kesilapan mengenai sebut harga tersebut, bila mendengar kata-kata pembekal itu apalah yang mampu dilakukan dengan pergerakkan yang terbatas ini, hanya mampu memberikan senyum saja sambil hati berbicara 'sabar jelah dengan kecuaian diri sendiri'. 

Atas perbincangan saya dengan pihak pembekal, mereka akan menghantar surat sebut harga  yang baru kepada pihak hospital pada hari khamis ini. Pesannya, saya disuruh menghantar mesej pesanan ringkas pada pagi khamis tersebut bagi 'mengingati' pada pihak pembekal.

Saya amat kecewa dengan pengurusan kakak jururawat hospital tersebut. Selama tiga bulan saya menunggu tidak ada satu pengurusan pun yang berjalan. Sedangkan kerusi roda enjin saya sudah hampir lima bulan mengalami kerosakan. Lima bulan itu adalah satu perkara yang amat panjang dan meyeksakan bagi saya yang berkeadaan begini. 

Perkara yang amat memilukan mak terpaksa menolak saya ke mana saja baik pergi makan, mandi dan kemana-mana sahaja. Ini boleh membunuh semangat bagi orang yang tidak kuat dalamannya. Tetapi tidak mengapa? Bebekalkan semangat dan kekacakkan yang ada perkara itu tidak berhenti begitu sahaja. Saya akan kerap berhubung dengan pihak hospital selepas ini. Dari pandangan saya ia bagaikan pahat dengan penukul. Apabila di ketuk barulah berjalan.

SEJARAH RINGKAS DAN REVOLUSI PERAKAUNAN PART 2

Teks:Nazrul hysam b nadzri
Cover photo:Carian google

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani





ABAD KE-19

Pada abad ini, syarikat perniagaan telah mula ditubuhkan secara besar-besaran. Syarikat perniagaan telah mengubah corak pengurusan dan pentadbiran yang lebih sistematik. Syarikat bukan lagi berbentuk milik perseorangan dan perkongsian malah berbentuk syarikat berhad. Pemilik syarikat berhad ini memerlukan ahli yang ramai. Ini dapat dilihat di dalam perusahaan kapal, besi dan kereta. Ia memerlukan saham dan syer yang dijual kepada orang ramai bagi mendapatkan modal yang lebih banyak. Oleh yang demikian bentuk perniagaan menjadi lebih besar dan terancang. Pada masa yang sama, puhak kerajaan telah menyediakan undang-undang bagi mengawal dan melindungi hak mereka yang terlibat.

ABAD KE-20

Dalam abad ini, bidang perakaunan telah mencapai tahap yang lebih matang dan profesional. Ia dapat dilihat dengan tertubuhnya badan-badan profesional perakaunan seperti Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan, Jawantankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa, Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia, Institut Akauntan Malaysia dan Persatuan Akauntan Awan Bertauliah Malaysia.

Jawatankuasa Panduan Piawai Perakaunan telah ditubuhkan oleh Institute Of Chartered Accountants di England dan Wales pada tahun 1969. Badan ini menjadi rujukan dan panduan kepada ahli-ahlinya berkaitan dengan format piawai penyata kewangan yang hendak diterbitkan. Pada tahun 1973,, Jawatankuasa Piawai Perakaunan Antarabangsa  (IASC) telah ditubuhkan. Badan ini ditubuhkan bagi memastikan penggunaan piawai asas penyediaan dan penyata kewangan.

Lembaga Piawai Perakuanan Malaysia (MASB) pula telah ditubuhkan pada 1 Julai 1997. Ia ditubuhkan bagi menggubal satu rangka perakaunan dengan menerbitkan piawai perakaunan yang bersesuaian dengan akta pelaporan kewangan 1997. MASB juga berfungsi menyemak dan meminda piawai perakaunan sedia ada jika perlu. Institut Akauntan Malaysia (MIA) merupakan satu badan profesional akauntan di Malaysia yang diperundangkan dalam tahun 1969 di bawah Seksyen 3 Akta Akauntan 1967. Penubuhan badan ini bertujuan membangun dan memperkembangkan profesyen perakaunan di Malaysia MIA juga berfungsi mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada mereka yang ingin mengamalkan profesyen perakuanan di Malaysia.

Sumber:Buku kewangan dan perakaunan

Thursday, December 19, 2013

SEJARAH RINGKAS DAN REVOLUSI PERAKAUNAN PART 1

Teks:Nazrul hysam b nadzri
Cover photo:Carian google


Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani



Ilmu perakaunan  bukanlah sebuah bidang yang asing dalam kehidupan manusia. Sejarah tamadun awal menunjukkan aktiviti ini telah berlaku sejak turun-temurun lagi khususnya apabila manusia mula berniaga . Manusia memerlukan ilmu perakaunan untuk merekod semua aktiviti perdagangan harian. Pada zaman itu segala aktiviti ditulis bukanlah berbentuk angka sebaliknya berdasarkan gambar bintang, alatan bercucuk tanam dan kegiatan pertukaran barang dengan puak lain.

Penggunaan simbol-simbol dalam urusniaga perdagangan telah mengalami banyak masalah. Diantaranya sukar memindahkan rekod-rekod ke tempat lain dan boleh mengelirukan pengguna atau pihak yang terlibat. Keadaan seperti ini boleh membawa kepada perselisihan faham malah membawa kepada pergaduhan. Pengunaan simbol-simbol ini akhirnya bertukar kepada pembentukan huruf-huruf dan angka-angka bagi mewakili nilai dan maklumat.


ABAD KE-15

Pada abad ke-15, ilmu perakaunan telah menjadi lebih mantap lagi kerana pada tahun  1495, Luca Pacioli telah memperkenal bidang penyimpan rekod perniagaan dengan penerbitan buku matematiknya iaitu Summa De Aritmatica, giometrica, proportioni atau projottonalika yang diterbitkan di Venice. Terdapat satu bahagian didalam buku ini yang menghuraikan pendekatan cacatan bergu sebagai asas menyediakan rekod simpankira.Oleh yang demikian Luca Pacioli telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan hingga kini.Hasil sumbangannya dalam bidang perakaunan,beliau digelar bapa perakaunan.


ABAD KE-17 DAN 18

Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah  pada abad ini  telah mebawa kepada pendekatan baru terhadap ilmu perakaunan. Revolusi perindustrian telah menyebabkan semakin banyak industri dan semakin besar yang memerlukan sistem perakaunan yang lebih meluas,bersistematik dan berkesan. Ia bertujuan untuk perkembangan industri dan mengelakkan berlaku kekeliruan. Pada masa yang sama,penyata kewangan dan pelaporan berasaskan akaun-akaun telah diperkenalkan


Tuesday, December 17, 2013

CENDAWAN,MAKAN,$$$

Teks: Nazrul Hysam b Nadzri
Cover photo:Kamera fon saya

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani


      Sudah menjadi kemestian bagi penduduk kampung di musim hujan petir begini cendawan aka cendawan busut akan tumbuh di tempat-tempat tertentu selepas hujan secara lazimnya.Kami sekeluarga tidak terlepas peluang mengalami pengalaman mencabut cendawan tersebut.Siapa yang tidak tahu keenakan cendawan ini bila digigit kenyal-kenyal manis rasanya mengalahkan daging ayam 'sodap lak ai'.Saya cukup bertuah di sekitar rumah saya ada enam lokasi yang berbeza-beza menjadi kebiasaan cendawan ini tumbuh dua tiga kali berganti-ganti dalam setahun.Jika hasil pungutannya luar biasa kami sekeluarga akan menjual dari rumah ke rumah atau tepi jalan

Kali ini,saya akan kongsikan artikel mengenai cendawan busut dari akhbar Kosmo

Oleh:SITI NOR AFZAN KASIMAN
Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm





Cendawannya patah-patah,struktur tanah keras
PAGI itu suasana dingin dan hening menyeliputi Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak. Tanah masih belum terang, embun pagi juga belum berhenti menitik. Namun, di sebalik deretan pokok kelapa sawit yang disempadani parit-parit kecil, kelihatan susuk tubuh milik Mohd. Shaiful
Isa, 28, sedang tekun mengutip cendawan busut.
Dengan bantuan cahaya dari motosikal miliknya, pantulan cahaya putih daripada cendawan memang jelas kelihatan.“Dalam keadaan yang redup sebegini, kerja mengutip lebih mudah kerana pantulan warna cendawan senang dilihat berbanding pada waktu cerah.
“Kerja mengutip cendawan memang dilakukan pada awal pagi kerana ia perlu diasing-asingkan dan dibersihkan sebelum boleh dijual di pasar,” jelas Shaiful, anak peroka di Felda ini. Selesai mengutip di tepi parit kecil, dia beralih pula ke satu kawasan busut yang hampir dilitupi dengan cendawan berkepala bulat tersebut.
Struktur tanah yang agak lembut di kawasan berkenaan memudahkan lagi kerja-kerja mencabut cendawan, sekali gus rentak tangannya semakin tangkas.
Kelkatu

“Kalau tumbuh di tanah lembut, cendawan boleh dicabut hingga ke akarnya. Begitu juga jika ia tumbuh di tanah berpasir. “Jika tumbuh di tanah keras, batang cendawan yang panjang biasanya mudah patah semasa dicabut,” katanya yang mengutip cendawan liar hampir 10 busut sehari ketika musim cendawan tumbuh.

Cendawan busut merupakan cendawan boleh dimakan yang tumbuh meliar selalunya di ladang kelapa sawit dan kebun getah. Antara lokasi terkenal yang menjadi rumah kepada tumbuhan jenis kulat ini sekitar Perak dan Negeri Sembilan. Musim yang cukup sinonim dengan cendawan busut di Felda Gunung Besout ialah pada setiap awal tahun bermula bulan Januari hingga awal Mac dan hujung tahun di antara bulan November hingga Disember.
Ia juga boleh tumbuh di luar musim namun hasilnya tidak sebanyak awal dan hujung tahun. Bagaimanapun, tarikh sebenar bila cendawan akan tumbuh, tiada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat dan jelas. “Kehadiran cendawan di sini memang bergantung pada hujan. Mungkin betul pepatah yang mengatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
“Namun, tidak semua hujan boleh menghasilkan cendawan. Kebiasaannya, cendawan muncul apabila hujan turun pada waktu malam dan keesokannya cuaca panas terik. “Jika rutin cuaca seperti ini berulang selama tiga hari berturut-turut, kemungkinan besar cendawan akan tumbuh. “Satu lagi petunjuk yang boleh dijadikan petanda ialah hujan yang mengundang kehadiran kelkatu.
“Jika banyak kelkatu, mungkin dalam masa tiga, empat hari lagi, cendawan akan tumbuh,” jelas Shaiful yang pernah mengutip dan menjual 120 kilogram (kg) cendawan busut sehari. Jangka hayat cendawan yang hanya mampu bertahan selama empat hari sering memberikan keterujaan kepada para penduduk di Felda berkenaan untuk turun ke ladang dan mencari cendawan.
“Apabila sudah ada tanda-tanda cendawan tumbuh, saya akan meronda ke lokasi yang menjadi tempat kebiasaan cendawan busut tumbuh. “Jika ada topi cendawan yang keluar dari tanah, kami akan tandakan kawasan tersebut dan datang semula esok pagi untuk mengutipnya,” ujar Shaiful.
Menurutnya lagi, hari tuaian terbaik ialah pada hari kedua. Jika cendawan dikutip pada hari pertama, ia masih terlalu kecil, jika hari ketiga pula, topi cendawan sudah besar dan hampir kembang. Pada hari keempat pula, biasanya topi cendawan sudah mengembang. “Jika dikutip pun, kami tidak menjualnya, cuma makan sendiri.
“Selalu juga kami terlepas musim cendawan kerana tidak ramai yang boleh menyedari kehadiran cendawan busut pada hari pertama, sedar-sedar ia sudah kembang,” kata Shaiful yang juga merupakan peraih cendawan di sekitar Felda tersebut.
Memiliki kepakaran mencari lokasi tumbuhnya cendawan busut, minatnya itu lahir selepas sering mengikut abang dan ayahnya mencari dan menjual cendawan sejak kecil lagi. Malah, bapanya, juga seorang peraih cendawan.
Abang Shaiful, Ahmad Razak Isa, turut menjadikan cendawan busut sebagai pendapatan sampingan yang lumayan. “Jika musim lebat, saya mampu membeli lebih kurang satu tan cendawan busut daripada warga Felda. Hasilnya pula akan dijual di pasaran luar, biasanya di Ipoh dan Rawang.
Pantang Dibasuh
“Memandangkan ia tidak tahan lama, proses pembersihan dan pengasingan perlu dilakukan sejurus ia dicabut supaya ia dapat dijual pada hari yang sama,” katanya. Tambahnya lagi, jika cendawan busut dijual hingga ke Rawang, maknanya musim cendawan di Besout benar-benar menjadi.
Menurut rakan Shaiful, Mohd. Roslan Salleh, 27, mereka mempunyai cara tersendiri untuk membersihkan cendawan busut. “Jangan sekali-kali gunakan air untuk membersihkan cendawan melainkan jika sudah mahu dimasak. Cukup sekadar bersihkan tanah dan pasir yang melekat di cendawan. Membasuh dengan air akan menjadikannya cepat rosak dan buruk,” katanya.
Selepas proses pembersihan dijalankan, cendawan akan dikumpulkan mengikut gred berdasarkan hari ia dikutip. “Biasanya kerja mengutip akan dilakukan pada awal pagi. Ia kemudiannya terus dibawa ke rumah untuk dibersihkan dan diasingkan mengikut gred.
“Kebanyakan cendawan tumbuh pada hari yang sama, tetapi ada juga cendawan yang lewat sehari dua.  “Cendawan yang dicabut pada hari kedua adalah cendawan terbaik kerana teksturnya yang masih sedikit keras dan kenyal. “Harganya juga lebih tinggi dan dijual mengikut kg. Untuk gred bagus, ia akan dijual pada harga di bawah RM20 sekilogram.
“Untuk cendawan yang dikutip sudah memasuki hari ketiga atau keempat, biasanya ia akan dijual longgok, sekitar RM5 hingga RM8 selonggok,” katanya yang mengakui cukup seronok menjual cendawan jenis liar ini. Menurut Roslan, memandangkan ia sukar ditemui dan tidak dapat diketahui bila ia akan tumbuh, jualan cendawan busut biasanya sangat laris.
Masakan 'peberet' lawannya ikan masin atau telur dadar

“Mungkin sebab ia jarang ada, apabila kita buka gerai jualan, tidak sampai tiga jam, hasil jualan beratus kilogram pun dapat dihabiskan, apatah lagi jika cuma geng-geng kita yang menjual di situ. “Kalau buka gerai di tepi jalan, memang orang akan berkerumun bila mengetahui kami menjual cendawan busut di situ,” katanya.
Cendawan yang menjadi kegemaran ramai ini sememangnya enak dijadikan juadah pembuka selera. Teksturnya yang tebal sudah tentu menghadirkan rasa puas tatkala mencicip batang ataupun topi cendawan liar ini. Rasanya manis dan baunya juga harum. Bukan sekadar itu, keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah sesuai dengan apa jua masakan sama ada goreng tepung, sup, tomyam, masak lemak kunyit mahupun dijadikan campuran dalam hidangan masakan panas seperti mi hailam.

Saturday, December 14, 2013

CARI REZEKI PENUH KEBERKATAN

Teks:Nazrul hysam b nazdri
Cover photo:Carian google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Gambar hiasan

Setiap insan punya impian, impian itulah bisa kita meneruskan kehidupan. Begitu jugalah saya insan yang serba kekurangan ini menyimpan hasrat untuk ingin berjaya dalam hidup, sedaya mampu.

Tetapi harus difikir dan ditelitikan dari mana punca hasil rezeki itu dan bagaimana cara kita menguruskan sesuatu perkara adakah tahu halal haramnya. Bagi saya walaupun rezeki yang kita dapat tidaklah sebanyak mana tetapi ianya cukup untuk menampung keperluan kita,"itu sudah memadai" dari mendapat rezeki yang banyak tapi haram hasilnya. Disitu barulah nampak ada nilai keberkatannya.
Menarik bukan!.

Jalan pintas bukanlah satu jalan terbaik untuk seseorang itu berjaya, namun masih ada segelintir individu-individu di sekeliling kita tidak mengambil berat tentang cara mereka untuk mendapatkan rezeki itu samada halal atau haram malahan mereka tidak mempedulikan kesan dari mengunakan sumber yang haram tadi untuk belanja makan minum, beli pakaian dan sebagainya.

Yang mana sudah bekeluarga si bapa pula sanggup memberi anak-anak mereka dari hasil wang haram yang dimenangi dari hasil perjudian,rasuah dan perkara-perkara sama waktu dengannya. 'Bapa mastermind,mak carry on saja.' Ini menyebabkan tingkahlaku anak-anak semakin hari semakin rosak akhlaknya. Sesungguhnya setiap makanan yang dimasukkan ke mulut seseorang memang mempunyai hubungan langsung dengan tingkahlakunya.
Kadang-kadang terfikir di benak fikiran mengapa golongan-gologan begini sanggup melakukan perkara-perkara begini demi mengaut keuntungan yang sudah pasti haramnya. Sebagaimana firman Allah
 'Barang siapa yang bertakwa kejalan Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya'. Surah At-Thalaq: ayat 3
Nah!. Kawan-kawan kenapa perlu kita melakukan perkara yang sudah pasti tiada berkatnya. Sedangkan jika seseorang itu mempunyai semangat yang kuat, usaha, doa dan tawakal inshaallah,Allah akan mempermudahkan kerja-kerja yang baik dan menafaat bagi orang yang kosisten dengan perjuangannya. Yakinlah anak bangsaku.
              Sebenarnya Allah sudah memberi pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam bidang-bidang yang ditentukan untuk setiap hambanya. Dengan itu kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan reda dengan pemberian yang maha esa.

Jesteru, kita perlu memastikan usaha kita dalam mencari rezeki itu benar-benar di redai dan ada keberkatannya. Janganlah kita terpedaya dengan kemewahan dunia yang sementara ini. Carilah kemewahan akhirat yang kekal abadi. Ingatlah, biarlah sedikit, asal halal dan ada keberkatannya. Amin.

Nukilan dari pengalaman hidup.

Wednesday, December 11, 2013

GATAL HIDUNGKU & SNE PART 1

Teks: Nazrul hysam b nadzri
Cover photo: Carian Google


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha  mengasihani



Buah seabucthon berasal dari mangolia
Inilah kali pertama dalam hidup ubat yang dibeli kurang yakin dan takut untuk saya mencubanya.Ubat yang diperkenalkan oleh makcik Kanas dari Gemenceh yang mampu memulihkan gatal-gatal kulit yang saya alami di bahagian tepi hidung katanya.Bila dia menerangkan cara pengambilannya,kumam seperti gula-gula dan kapsulnya akan pecah meresap ke dalam mulut.Ketika itu pelbagai perkara yang bermain difikiran waktu mendengar 'ia pecah meresap ke dalam mulut' tentu kurang enak rasanya kerana ubat ini diperbuat dari buah yang berasal dari negara mangolia lalu dijadikan minyak.

Atas restu dan desakan mak saya mencuba buat pertama kalinya,lantas ubat dimasukan ke mulut.Kumam ke kiri,kumam ke kanan sambil mata menonton tv kumam,kumam dan terus mengumam 'pop' kapsul pecah minyak pun meresap ke dalam mulut.Rasa tawar dan berminyak,pantas jari mengambil kapsul ke mulut terus buang ke tong sampah.Haha..tak sanggup menelannya.
'Goli den'..

Produk SNE dari buah seabucthorn mampu menyembuhkan penyakit:

  • Jantung tersumbat                                                  
  • Batu karang                                             
  • Resdung
  • Migrain
  • Penyakit Hati
  • Sengal Sengal Sendi
  • Sembelit
  • Kanser Usus
  • Haid tidak stabil
  • Penyakit kulit
  • Thalasemia
  • Leukemia
  • Tulang (arthritis)
  • Susah dapat zuriat
  • Kanser payudara
  • Fibroid
  • Asma
  • Lelah
  • Insomania
  • Gastrik
  • Buasir
  • Ketumbuhan
  • Penyakit SLE
  • Alergic / Alahan
  • Jerawat
  • Strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Penglihatan kabur
  • Kesuburan menurun
  • Lumpuh
  • Koma
  • Kanser pangkal rahim
  • Sengugut
  • Keputihan
  • Mati pucuk
  • Sakit buah pinggang
  • Darah rendah
  • Anemia
  • Menopause
  • Demam kuning
  • Selsema berpanjangan
  • Pelupa
  • Tyriod



Monday, December 9, 2013

TAKUT LAWANNYA BERANI

Teks:Nazrul Hysam b Nadzri
Cover photo:Album Kak Net


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Perasaan takut mula menerjah pada diri saya setiap kali mencuba perkara baru.Fikiran negatif mula bermain difikiran di waktu ini.Perasaan negatif malas menaip sudah mula membelenggu diri,namun belenggu itu saya simpan tidak terlalu lama,taip dan terus menaip apa yang terlintas difikiran.Adakalanya apa yang terlintas itu saya tulis dalam handphone saya dahulu sebelum dimuatkan ke dalam entri.

Sebagai seorang pelajar dalam dunia penulisan blogger kebuntuan idea menjadi kelaziman di peringkat awal ini namun desakan minat dan keseronokan membuatkan jari ini terus menaip dipapan anjal.Keberanian untuk ingin mencuba perkara baru dan kelainan membuatkan tersangatlah manis bila dikenang.Di situ ada nilainya bagi yang tahu menilai.

Pertemuan yang tidak dirancang dengan kak net menjadi satu inspirasi buat diri yang selama ini tercari-cari lubuknya.terpengaruh dengan tulisan beliau hati ini terpanggil untuk menempatkan diri dalam kelas asas penulisan blog yang dianjur oleh beliau dan rakan-rakannya.Yuran yang dikenakan berbaloi bagi pencinta ilmu,lantas saya menyahut cabaran itu.Saya percaya apabila ilmu itu ada harganya,ia memberi signal kepada minda untuk kita lebih serius bertindak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...